Tuesday, 23 December 2014

Kejam

Assalamualaikum bloggers and viewers . Entri kali ni , aku nak cerita pasal kejam . Sikap manusia yang satu ni , buat aku tertarik nak story-mory kat kau orang semua . Harapnya korang semua dapat hadam cerna proses pasal story yg aku nak goreng nih .

Kejam . Apa pendapat korang mengenai kejam ? Zionis ? Penderaan ? Pembunuhan ? Sakit ? Haru biru ? Hati hancur ? Kepercayaan hilang ? Adolf Hitler ?

Macam mana seorang bapa sanggup rogol dan bunuh anak sendiri ?
Macam mana seorang manusia sanggup dera bayi sampai mati ?
Macam mana seorang ibu sanggup buang anak sendiri ?
Macam mana seorang member tikam belakang member ?
Macam mana diorang sanggup ? Macam mana ? Cer cite ..

Meh aku cerita ,

1. Sebab nafsu . Bila nafsu menguasai diri sendiri . Dia buat apa sahaja yang dia nak lakukan . Bile dia tersedar apa yang dia lakukan tu salah . Dia nak tutup kesalahan dia dah tak boleh . Tu yang dia main langgar je . Sebab terdesak . Kenapa ?  Sebab tak nak bertanggungjawab . Baru boleh cakap berani buat , tak berani tanggung .

2. Mental tak kukuh . Bila mental tak kukuh , iblis suka tau . Senang untuk dia menghasut manusia . Dia bisik sikit , dia hasut sikit . Manusia yang mentalnya tak kukuh ni , selalunya senang terdedah . Tu yang dia boleh dengar macam2 . Sembelih bapak sendiri pun dia kata ada orang suruh dia buat . Kalau mental dia excellent dia pi penggal kepala orang yang suruh dia buat tuh .

3.Kurang didikan agama . Yang ini maaf lah ye . Skema jawapan tingkatan 1 . Tapi kurangnya didikan agama ini lah yang menjadi faktor . Akar segala jenayah . Cuba korang bayangkan , dari kurangnya didikan agama ni , dari sekecil-kecil mencuri boleh jadi kes membunuh . Dari mula minum todi jadi perogol bersiri . Dari sekelumit trauma boleh jadi manusia paling kejam kat bumi nih .

Kejam ni , bukan pasal pembunuh bersiri je tau . Kau orang tahu tak , sikap tak ambil peduli . Tak ambil kisah . Tak ambil tahu pun termasuk dalam kategori kejam . How it goes ? It goes like this ,(#englishterabur) kau nampak budak kena pukul . Kena rogol . Anak jiran sebelah rumah menjerit menangis mintak tolong .
Tapi kau dok menonong tayang belagak kau depan semua orang . Tak nak digelar "jaga tepi kain orang" katanya .

Gua jumpa lu , mang gua slap lu guna cangkul tanah warisan 2 abad lalu . Ya , tak nak jaga tepi kain orang . Aku faham . Aku pun tak nak macam tu . Tapi agak2 la , takkan bunyi orang kena tembak dengan guruh berdentum pun tak boleh nak beza . Ye dok ?

Oleh itu , sesungguhnya , jelaslah disini bahawa .. (ayat simpul budak2 form 6 selalu guna untuk karangan bm..bhahaha)  kejam ni banyak bentuk , banyak sifat , gua tak boleh nak listkan semua kat sini , gua update blog ni guna henpon baling main lambung2 jer . Bukan lappy windows 8 maen touch2 screen tuh.. Hahaha..

Untuk cure mahupun mengelakkan dapat member kejam ni , ko cuma perlu ambil berat pasal member2 ko ni . Kau orang kena analisis dulu kejam diorang ni tahap mana . Ye lah , mana lah tahu dapat member obses si creepy saiko (psiko) . Parah beb !

Aku pun taksub. Taksub untuk jatuhkan kau ! Bhahaha.. -titahbukansabda-

Caww~~

2 comments:

  1. Daebak . Kejam kebeno gelak kau tu nakkk > _<

    ReplyDelete
  2. Hahaha.. kejam yer .. gua boleh gelak lebih kejam dari tuh .. bhahahaha

    ReplyDelete

Sebelum komen , saje nak taip ni . Gua ni hati tisu sebenarnya .