Wednesday, 10 December 2014

Jujur

Assalamualaikum ya habibi ya maulana ,masuk perigi timpa sepanar. Hahaha.. macam kurang ajar sangat kan bunyinya . Well , maybe memang aku ni tergolong dalam kalangan kurang ajar kot. Jujur kan ? Hahaha..

Entri kali ni , aku nak cerita pasal jujur. Mungkin aku da cukup kut buat eksperimentasi pasal topik ni . Mungkin la.. OK , sebelum apa2 baik aku jujur je lah ye dengan kau orang semua. Apa kejadah benda yang aku pernah dan akan merepek meraban bin merapu bin mengarut mencarut semua dalam blog LoadingJap ni , itu semua adalah pendapat peribadi aku sendiri . Tak pula aku rujuk mana2 doktor psikiatri yang suka membuang masa tetiba untuk tolong aku. Selain tu ,perkara2 yang pernah aku alami. Kire base from my experience laa. Dan juga eksperimentasi selama setahun jagung aku hidup atas muka bumi ini . Observation i mean.

So , kalau korang setuju dengan aku . Aku tak kisah . Tak setuju dengan aku , lagi aku tak kisah . Buat migrain aku je kalau aku amek pusing dengan cakap2 korang ni . Manusia ada pendapat diorang masing2 kan . So , aku dengan opinion aku, ko dengan .. ah lantak la.. malas taip .. hehe..

I love to share this to all of you ..

Have you heard a story about lies. Well, once you lying. You'll keep lying to cover the first one.

Sekali kau menipu, kau akan terus menipu untuk menutup penipuan yang pertama tadi.

Aku pernah disepit , dihimpit , dikurung , oleh diri aku sendiri. Just because of one tiny little lie. Just one . Kesannya , aku tak dipercayai oleh diri aku sendiri. How ? Why ? Sebab aku tipu diri aku sendiri . Macam kau tiba2 nak lari dari semua masalah , yang tak pernah wujud.

Sejujurnya , it is so much pain you have to hold. Itu baru tipu diri sendiri . Belum tipu orang lain. Kesannya , ko mungkin tak dipercayai oleh seseorang itu sampai dia rasa dia nak percaya ko balik. Itu pun kalau sampai la..

Mesti korang pernah dengar or baca ni :

Disakiti dengan kejujuran adalah lebih baik daripada
Disakiti dengan penipuan

I agree with this statement . Kejujuran memang pahit , tapi hasilnya berlainan jika kita menipu. So , in my opinion untuk orang tu percaya kat kau. Itu keputusan dia. Tapi untuk kau patah kan kepercayaan dia tu . Itu kau punya pilihan.

Jujur jugak selalu dapat perhatian daripada si kaki curang , kaki penipu , kaki kayu tiga and so on. Pada aku , kalau dalam satu2 perhubungan tu tak ada istilah jujur maknanya relationship to fake semata.

Yes . Fake . Palsu . Satu hubungan untuk kaburi mata semua pihak , yang akhirnya bawa kemusnahan kepada hubungan itu sendiri. If kau tak bahagia dengan dia , cakap depan2. Biar dia tahu apa salah dia , and fikirkan idea macam mana nak timbulkan balik kebahagiaan tu . Kat sini komunikasi memainkan peranan penting. Dengar , fikir , terima kekurangan diri .

Chopp! Bende2 yang aku bebelkan tu , bukan sahaja utk pasangan couple nor even marriage. Tapi hubungan keluarga, mak anak , bapak anak , adik beradik , jiran tetangga , kawan sahabat. Ko asyik fikir pasal cinta je . Tampo ko laju2 kang. Dah, umi aku da bebel da tu , suh masak nasi .

Caww my friend . Assalamualaikum

No comments:

Post a Comment

Sebelum komen , saje nak taip ni . Gua ni hati tisu sebenarnya .