Wednesday, 31 December 2014

Puppy Love

Assalamualaikum guys..
Jawab salam aku tuh ye , jangan lupa ..

Entri kali ni aku nak story-mory pasal puppy love . Cinta anak anjing . Kenapa aku tak taip cinta monyet . Meh pakat ramai2 dok depan monitor baca apa yang aku taip ni.

Korang tau kan orang Barat letak Puppy Love . Cinta anak anjing . Anjing dah sah2 haram nak disentuh oleh orang Islam .
Orang Melayu pulak , dia punya bangang pi letak Cinta Monyet . Monyet boleh disentuh , tapi susah nak jaga .
Kesimpulannya , couple tu menurut Islam . Mang tak boleh . Haram . Zina hati . Kira betul la apa orang Barat kata Cinta Anak Anjing . Orang Melayu je buat Cinta Monyet nih .  Betul dok ?

Ok , aku buat entri ni tak ada kena mengena suh korang putus hubungan , xde nak mengata , xde nak menghina . Korang jangan salah sangka . Sebab nya , puppy love ni terjadi , muncul dan wujud di zaman persekolahan . Baik sekolah menengah mahupun sekolah rendah . Lingkungan usia 12-17 tahun .Selepas daripada umur sekian , kita punya otak , dah boleh dikatakan matang , disebabkan faktor tempat , persekitaran,dan hubungan baru.Ada paham ?

Aku buat entri ni jugak sebab aku dah rasa betapa bangangnya lah puppy love ni . Kalau boleh buat list , aku rasa list advantage puppy love ni setakat 2-3 kerat ayat je . Disadvantage puppy love , penuh kertas tu .

Untuk adik2 yang 17tahun kebawah tu , di nasihatkan supaya tak terjebaklah dengan cinta anak anjing ni . Bukan tak happy dengan kebahagiaan korang . But , lebih kepada pencegahan supaya korang tak terlalu meroyan bila dah pakwe/makwe korang sambung belajar jumpa orang baru . Which is much better than you .

Tak dinafikan , ada yang sampai ke jinjang pelamin . But , korang akan matang satu hari nanti , jadi korang pandai2 la fikir , korang boleh sabar ? Tahan ? Dengan partner korang tu . Lebih2 lagi bila muncul isu BOSAN .

Aku sebenarnya dah mula rimas,lemas,muak,loya tekak,bosan bila aku bukak FB misalnya .

"Papa tak balas chat mama. Mama bunuh diri"

"Amiey..abie mintak maaf , janji tak buat lagi. Dont leave me"

"Baby i ajak noty2.. adios"

"Bie.. thanks for today . I happy sangat . Our first kiss. Hope relay kita kekal till Jannah"

Jannah ? Your head la ! Jahanam adalah.

Ok , secara generalisasinya , tuntasnya , kesimpulannya , konklusinya ,

Entri kali ni , bukan aku hasut korang supaya putus , bukan juga utk menghina korang , tak juga suruh korang buat perkara tak senonoh ni semua , tapi harapnya korang faham keadaan akhir zaman ni macam mana . Nak bercinta ? Pada aku cinta tu biar kerana Allah . Bak kata kesayangan aku , kita couple nih , tak payah gelojoh . Rilek2 sudah .

L-Uhibbuki Fillah Abadan Abada
P-Uhibbuka Fillah Abadan Abada

(Sayang awak kerana Allah selamanya)

Maybe akn ada Puppy Love Ⅱ
Nak terangkan punca , n cara mengatasi macam biasa .. so .. till then.

Caww~

Tuesday, 23 December 2014

Kejam

Assalamualaikum bloggers and viewers . Entri kali ni , aku nak cerita pasal kejam . Sikap manusia yang satu ni , buat aku tertarik nak story-mory kat kau orang semua . Harapnya korang semua dapat hadam cerna proses pasal story yg aku nak goreng nih .

Kejam . Apa pendapat korang mengenai kejam ? Zionis ? Penderaan ? Pembunuhan ? Sakit ? Haru biru ? Hati hancur ? Kepercayaan hilang ? Adolf Hitler ?

Macam mana seorang bapa sanggup rogol dan bunuh anak sendiri ?
Macam mana seorang manusia sanggup dera bayi sampai mati ?
Macam mana seorang ibu sanggup buang anak sendiri ?
Macam mana seorang member tikam belakang member ?
Macam mana diorang sanggup ? Macam mana ? Cer cite ..

Meh aku cerita ,

1. Sebab nafsu . Bila nafsu menguasai diri sendiri . Dia buat apa sahaja yang dia nak lakukan . Bile dia tersedar apa yang dia lakukan tu salah . Dia nak tutup kesalahan dia dah tak boleh . Tu yang dia main langgar je . Sebab terdesak . Kenapa ?  Sebab tak nak bertanggungjawab . Baru boleh cakap berani buat , tak berani tanggung .

2. Mental tak kukuh . Bila mental tak kukuh , iblis suka tau . Senang untuk dia menghasut manusia . Dia bisik sikit , dia hasut sikit . Manusia yang mentalnya tak kukuh ni , selalunya senang terdedah . Tu yang dia boleh dengar macam2 . Sembelih bapak sendiri pun dia kata ada orang suruh dia buat . Kalau mental dia excellent dia pi penggal kepala orang yang suruh dia buat tuh .

3.Kurang didikan agama . Yang ini maaf lah ye . Skema jawapan tingkatan 1 . Tapi kurangnya didikan agama ini lah yang menjadi faktor . Akar segala jenayah . Cuba korang bayangkan , dari kurangnya didikan agama ni , dari sekecil-kecil mencuri boleh jadi kes membunuh . Dari mula minum todi jadi perogol bersiri . Dari sekelumit trauma boleh jadi manusia paling kejam kat bumi nih .

Kejam ni , bukan pasal pembunuh bersiri je tau . Kau orang tahu tak , sikap tak ambil peduli . Tak ambil kisah . Tak ambil tahu pun termasuk dalam kategori kejam . How it goes ? It goes like this ,(#englishterabur) kau nampak budak kena pukul . Kena rogol . Anak jiran sebelah rumah menjerit menangis mintak tolong .
Tapi kau dok menonong tayang belagak kau depan semua orang . Tak nak digelar "jaga tepi kain orang" katanya .

Gua jumpa lu , mang gua slap lu guna cangkul tanah warisan 2 abad lalu . Ya , tak nak jaga tepi kain orang . Aku faham . Aku pun tak nak macam tu . Tapi agak2 la , takkan bunyi orang kena tembak dengan guruh berdentum pun tak boleh nak beza . Ye dok ?

Oleh itu , sesungguhnya , jelaslah disini bahawa .. (ayat simpul budak2 form 6 selalu guna untuk karangan bm..bhahaha)  kejam ni banyak bentuk , banyak sifat , gua tak boleh nak listkan semua kat sini , gua update blog ni guna henpon baling main lambung2 jer . Bukan lappy windows 8 maen touch2 screen tuh.. Hahaha..

Untuk cure mahupun mengelakkan dapat member kejam ni , ko cuma perlu ambil berat pasal member2 ko ni . Kau orang kena analisis dulu kejam diorang ni tahap mana . Ye lah , mana lah tahu dapat member obses si creepy saiko (psiko) . Parah beb !

Aku pun taksub. Taksub untuk jatuhkan kau ! Bhahaha.. -titahbukansabda-

Caww~~

Monday, 22 December 2014

Ubah , Berubah , dan Perubahan

Ubah , berubah dan perubahan . 3 perkataan ni , boleh jadi menyakitkan . Boleh jadi menggembirakan .

Some changes it can bring to a great feeling .
Some only cost suffer .

Apa pasal aku tetiba cerita pasal benda ni ? Sebab aku ada kene mengena dengan benda yang aku bebelkan ni . Ye lah , people change dalam sekelip mata. Kan ?

Manusia boleh berubah sebab sejarah.
Manusia boleh berubah sebab pengalaman.
Manusia boleh berubah sebab masa.
Manusia boleh berubah sebab environment.

Aku ada story sikit . This is base on my experience. Aku ada sorang member ni . I would call him as A . Yelah , abah aku cakap , kalau di sebut nama orang tu , kira mengumpat, ye dok ?

Aku boleh describe A ni as my buddyz , my bro ye lah ,  aku xde abang , and my consultant. Dia yang aku boleh harap nak bagi nasihat better than my other friends. Maybe sebab perbezaan umur , dia da matang sikit kot . Dia ni yang ajar aku tentang quoting . Dia yang dedahkan aku dalam dunia penulisan ni . Pada aku , dia sangat friendly , pandai , and matang .

Untill one day , aku tak tahu salah apa aku kat dia . Dia tuduh aku bukak aib dia dekat bestfriend aku. People not perfect , right ? Maybe dia tak sedar , dia yang update moment pasal bende tu , and my bestfriend saje nak usik dia pasal benda tu . Our conversation before that , full with laughter , knowledge , fun . Turns out , he ignore me like i never exist. I tried to explain tapi dia anggap aku manipulate sebab aku debaters. Tuhan je tahu kecewanya aku kat dia. I really though he knows me .

In our last conversation , aku cuma boleh gambarkan , dia seorang yang ikot perasaan , tak lah matang seperti aku gambarkan sebelum ni . Maybe he stressed . I just wish he would talk to me again .

Sometimes ,bile aku fikir pasal benda ni, aku rasa sakit sangat sebab diperlakukan cam tu . No second chance . He change to somebody that i never knew . He change . 1 perubahan yang menyakitkan .

Ubah diri untuk Dia.
Berubah biar ke jalan-Nya.
Perubahan perlu hidayah-Nya.

Assalamualaikum..
Caww..

Thursday, 18 December 2014

Hidung tinggi

Assalamualaikum bloggers and viewers. Welcome to my blog. Hahahahhaa.. macam berie je kan??

Ok .. straight to the titik , entri kali ni aku nak story siket pasal sikap manusia yang satu ni . Sikap sombong , hidung tinggi , bongkak , angkuh , meninggi diri . You know what , orang2 yang aku sebutkan tu , hidupnya tak tenang.

Asal aku taip cam tu .. aku ada satu formula ni , ko tengok eah..

Sombong - tak terima pandangan orang - rasa diri dah cukup kuat/besar/kaya - tak bersyukur - Tuhan bagi balasan

Senang kan ?

Formula tu aku dapat dari sorang member nih .. dia ada bagi aku satu ayat nih..

Bile kau sombong,kau angkuh , kau bongkak , kau rasa semua yang ada dalam dunia ni kau yang punya , kau dengan Syaitan tak ada beza.

Can't you see this little thing can bring something big like that..
Asal boleh jadi cam tu ?

Cuba kau fikir balik , Syaitan tu dulunya ketua segala malaikat. Bila Adam dijadikan , dan Allah telah perintahkan semua malaikat untuk tunduk hormat kat Adam. Tapi Syaitan laknatullah ni , makhluk pertama yang cakap " Aku lebih hebat dari dia. Aku diciptakan dari api sedangkan dia (Adam) diciptakan dari tanah. Tidak mungkin aku tunduk untuk dia"

Now,kau start fikir, bile seseorang tu sombong , angkuh , bongkak . Dia akan merendah-rendahkan orang lain . Dia tak boleh tengok orang lebih sikit dari dia . Timbul isu iri hati . Dia akan buat sesuatu untuk jatuhkan saingan dia . Wujud isu dengki. Dia akan buat apa sahaja untuk berada diatas sampai dia lupa ada lagi satu kuasa yang lebih hebat dari dia . Muncul isu tak bersyukur.

When this happen , kau fikir orang macam nih akan hidup tenang ke? Tu belum isu main taktik kotor untuk dapatkan apa yang dia nak . Jual anak pun sanggup tuh .

Macam mana nak tegur manusia jenis nih.. Sejujurnya aku cakap , makhluk ni dengan orang yang hilang daya pendengaran tak ada beza. Pekak . Orang bagi nasihat tak nak dengar .

Orang macam nih , nak kena ajar dia apa itu kifarah. Kau buat sesuatu yang buruk kat orang, Allah bagi jauh lagi teruk dari tu . Macam mana ? Itu kau buat ikut kreativiti kau. Kalau aku , aku bawa pergi kubur . Sebelum dia bertukar jadi tanah balik, baik ingatkan dia cepat2 ye dak ?

Selain daripada rukun iman dan family,aku juga percaya tentng kifarah

Till then , caww.. ~

Tuesday, 16 December 2014

Kesayangan

Da lama aku tak mengupdate ini blog. *Phuiihh .. lama la sangat*

Ko ludah ?? Kau jilat balik ea.. habis kotor entri aku ni ..

Entri kali ni aku tak tahu nak taip apa, sebab otak aku makin sarat nak fikirkan sem 2 punye form 6 nih. Tengok ! Baca ! Ayat aku pun da macam bukan orang Melayu dah dek kerana akal fikiran jauh tersepit di satu sudut .. hahaha.. sastera sangat kan...

Ok , hari tu . Ada sorang member aku dalam group KAMELIA . KAMELIA ok , bukan KAMI LIAR . Why KAMELIA ? Sebab Khamisah Amyra Mimie Laila Iqtika dan iffAh .. haaaa.. baru tahu aku punye gender ye ? mana satu aku ? Pandai2 kau cari sendiri . Group ni tak ada leader . Ikot kepala siapa yg nak diikot.

Ok , back to the story . One of the group members ada bukak satu topik .

"Ko tak ada cerita pasal kesayangan ke kat dalam blog"

Walawehh, ayat dia .. Der, bukan aku tak nak cerita . Cuma malu beb . Cuba kau bayangkan , Umi Abah aku ada FB , WeChat , Wassap bagai . If ada yg share aku punye entri pasal kesayangan tu . Tak ke aniaya aku balik rumah nanti.. itu baru Umi ngan Abah aku . Belum termasuk dalam list Makcik2 aku yang kepoh tu . Wahhh.. sedap tangan je taip mengutuk makcik sendiri kan .. kawan2 , jangan diikot perangai buruk yang satu ni ye..

Ok , that's all aku punye entri untuk kali ni . Aq tak hasut korang supaya jgn cite pasal kesayangan k .. cume , kalau nak cerita , story bende2 manis . So that , one day , bile ko ada masalah dengan dia , ko boleh bace balik apa ko taip at blog ko. Elakkan daripada story yg menyakitkan hati . Kitorang yg baca pun nt sakit hati . Lebih besar boleh timbul fitnah . Nanti ko pun makin sakit hati bila baca balik kan ?

Ok then,

Caww.

Wednesday, 10 December 2014

Jujur

Assalamualaikum ya habibi ya maulana ,masuk perigi timpa sepanar. Hahaha.. macam kurang ajar sangat kan bunyinya . Well , maybe memang aku ni tergolong dalam kalangan kurang ajar kot. Jujur kan ? Hahaha..

Entri kali ni , aku nak cerita pasal jujur. Mungkin aku da cukup kut buat eksperimentasi pasal topik ni . Mungkin la.. OK , sebelum apa2 baik aku jujur je lah ye dengan kau orang semua. Apa kejadah benda yang aku pernah dan akan merepek meraban bin merapu bin mengarut mencarut semua dalam blog LoadingJap ni , itu semua adalah pendapat peribadi aku sendiri . Tak pula aku rujuk mana2 doktor psikiatri yang suka membuang masa tetiba untuk tolong aku. Selain tu ,perkara2 yang pernah aku alami. Kire base from my experience laa. Dan juga eksperimentasi selama setahun jagung aku hidup atas muka bumi ini . Observation i mean.

So , kalau korang setuju dengan aku . Aku tak kisah . Tak setuju dengan aku , lagi aku tak kisah . Buat migrain aku je kalau aku amek pusing dengan cakap2 korang ni . Manusia ada pendapat diorang masing2 kan . So , aku dengan opinion aku, ko dengan .. ah lantak la.. malas taip .. hehe..

I love to share this to all of you ..

Have you heard a story about lies. Well, once you lying. You'll keep lying to cover the first one.

Sekali kau menipu, kau akan terus menipu untuk menutup penipuan yang pertama tadi.

Aku pernah disepit , dihimpit , dikurung , oleh diri aku sendiri. Just because of one tiny little lie. Just one . Kesannya , aku tak dipercayai oleh diri aku sendiri. How ? Why ? Sebab aku tipu diri aku sendiri . Macam kau tiba2 nak lari dari semua masalah , yang tak pernah wujud.

Sejujurnya , it is so much pain you have to hold. Itu baru tipu diri sendiri . Belum tipu orang lain. Kesannya , ko mungkin tak dipercayai oleh seseorang itu sampai dia rasa dia nak percaya ko balik. Itu pun kalau sampai la..

Mesti korang pernah dengar or baca ni :

Disakiti dengan kejujuran adalah lebih baik daripada
Disakiti dengan penipuan

I agree with this statement . Kejujuran memang pahit , tapi hasilnya berlainan jika kita menipu. So , in my opinion untuk orang tu percaya kat kau. Itu keputusan dia. Tapi untuk kau patah kan kepercayaan dia tu . Itu kau punya pilihan.

Jujur jugak selalu dapat perhatian daripada si kaki curang , kaki penipu , kaki kayu tiga and so on. Pada aku , kalau dalam satu2 perhubungan tu tak ada istilah jujur maknanya relationship to fake semata.

Yes . Fake . Palsu . Satu hubungan untuk kaburi mata semua pihak , yang akhirnya bawa kemusnahan kepada hubungan itu sendiri. If kau tak bahagia dengan dia , cakap depan2. Biar dia tahu apa salah dia , and fikirkan idea macam mana nak timbulkan balik kebahagiaan tu . Kat sini komunikasi memainkan peranan penting. Dengar , fikir , terima kekurangan diri .

Chopp! Bende2 yang aku bebelkan tu , bukan sahaja utk pasangan couple nor even marriage. Tapi hubungan keluarga, mak anak , bapak anak , adik beradik , jiran tetangga , kawan sahabat. Ko asyik fikir pasal cinta je . Tampo ko laju2 kang. Dah, umi aku da bebel da tu , suh masak nasi .

Caww my friend . Assalamualaikum

Tuesday, 9 December 2014

Gagal

"I failed once. What makes you think I can do it again ? And this time , I'm gonna do it right ? "

Cewahh ayat. Frust sangat kan. Believe me or not , sometimes bile kita gagal dalam sesuatu benda. Bukan sebab diri kita. Tapi sebab benda lain . Like there's something yang tak nak kita berjaya dalam satu2 hal tu. Something like fate. Takdir.

Takdir dimana perkara tu kau perlu gagal. So that jadi pengajaran untuk hidup kau. Takdir di mana kau berjaya dalam sesuatu perkara tu , tapi perlu pengorbanan. So that kau lebih menghargai apa yang kau ingin dapatkan. Takdir dimana kau perlu guna lebih masa untuk berjaya. So that kau jadi seorang yang lebih bersabar dalam mendapatkan sesuatu. Itu takdir.

Ada sesetengah orang dia tak mampu nak berhadapan dengan kegagalan dia sendiri. Bunuh diri, bunuh family members, hurt themselves , even jadi gila . Sebab apa ? Sebab takut nak berdepan dengan kegagalan diri sendiri . Remember apa yg aku tulis dalam entri Perasaan . Same goes with this situation which manusia boleh control emosi dan perasaan . Cuma memerlukan tahap mental yang sangat baik. Tapi bab kegagalan , most human dia tak boleh kawal perasaan tu . Perasaaan down , kecewa , amarah sampai lempias kat orang lain.

Tapi , orang yang mempunyai tahap mental yang excellent . Dia akan tukar kegagalan yang dia dapat ni dengan kesyukuran . Bila dia bersyukur, people mcm ni dia akan buat sesuatu dengan kegagalan yg dia dapat. Dia analisis balik , dia kaji balik , dia buat balik , dia usaha , so that kegagalan ni bertukar kepada kejayaan . And that what i called human . Kita ni manusia yang dianugerahkan akal fikiran . Daripada kau seksa diri kau dengan kegagalan yang kau cipta sendiri untuk diri kau . Better kau bangun , kau terima kesalahan kau , kau terima pandangan orang lain .

I know it is hard . Believe me , memang susah . Payah . Sebab aku sendiri pernah merasa perkara ni. Tapi jerih perih nya kita yang tanggung . Dan menjadi tanggungjawab kita untuk ubah tu semua. Ikhtiar, usaha, cuba , and never give up. If perkara tu milik kau , its yours. If it doesnt , waima kau dah berhabis berjuta pun it still not yours.

" You failed once . But you never tried it again . I know you can do it . Even this time you not gonna do it right. It will end up you'll satisfy for what you've done."

Caww.. Assalamualaikum..

Tuesday, 2 December 2014

Dunia

Aku pun tak tahu kenapa aku tulis entri ni. Aku pun tak tahu apa korang fikir tentang entri ini . Aku pun tak nak fikir pasal apa korang fikir tentang aku punye entri ni. Aku lagi tak kuasa nak fikir apa korang fikir pasal apa aku fikir pasal korang yang baca entri ni .

Ada few entri dalam draft . Aku masih biarkan tergantung. Ada kesalahan ejaan , ada kesalahan struktur ayat , ada yang tidak punya tajuk , ada yang punya tajuk tapi tak ada content . Ada yang punya starter sahaja , ada juga cume perlukan ayat final . Tapi sekarang aku kusut dan celaru untuk fikirkan apa-apa.

Aku celaru , kusut , buntu , keliru , kacau , semak , kalut , carut , cemerkap , lalai , kosong , serong , penat dan perkataan2 lain yang sesuai dengan keadaan sekarang.

Penat dengan dunia yang berpenduduk manusia hebat , kaya , kacak , cantik , darjat , tinggi , besar , mulia , berjaya , sombong , kedekut , alim , senang dan kuat yang kekal bertakhta memijak tekak-tekak manusia yang lemah , miskin , hodoh , buruk , rendah , hamba , kecil , hina , gagal , merendah diri , x berkeyakinan dan lemah.

Langsung x menghiraukan fitrah alam , hukum karma , kafarah , "what comes around , goes around" . Tidak ! Mereka lebih mementingkan dunia tapi mereka tidak sedar , mereka cuma lihat fatamorgana yang ekstravaganza , tanpa memikirkan fitnah sang Dajal yang bakal datang.

Tak perlu ditunggu pastinya berlaku . Kenapa bertingkah laku bagai tiada akal yang dianugerah. Menginjak-injak harga diri , memijak-mijak dara sendiri , merogol maruah kerabat sendiri , membunuh anak bangsa sendiri,menikam orang atasan .

Keliru , buntu . Tentang kenapa Kamu manusia menghalalkan segala ikut nafsu sebesar 7 petala alam. Minum darah keturunan anak Adam , membesarkan busung sendiri , santau darah daging , melarikan diri bersama malaikat maut , menghunus pedang kepercayaan , memecah tabung amanah , meletupkan bom amarah , meleraikan ikatan persaudaraan.

Cukup ! Aku bukan cikgu , pensyarah , ulama , ustaz , ustazah , bahkan bukan seorang murabbi sekalipun. Hanya manusia yang bernama. Memang tidak sempurna untuk bicara. Tidak sempurna langsung .

Tapi , jika kita tak pernah lihat kekurangan seseorang . Kita cuma akan pertikaikan kesempurnaannya sahaja nanti.

Psst : Saat kau Manusia membaca entri ini , kau perlu tahu satu hal. Mereka yang aku sebutkan , ada disekeliling kau. Antara kau sedar dengan tidak .

Caww..