Saturday, 22 November 2014

Sentap

"Kau nak tawu tak , nak masuk syurga Allah ni , bukan setakat kumpul pahala bertimbun-timbun je. Tapi , nak kena ada belas kasihan dari Allah. Kat dunia ni pun ko tak pernah berdoa , mintak petunjuk , mintak hidayah dari Dia. Lagi lah nak bercerita kat dia , mengadu kat dia . Tak hargai makhluk2 ciptaan Dia.Apatah lagi nak ikut arahan dia,jauhi larangan dia.Macam manalah dia nak kasihankan kau."

Sentap. Aku yang mendengar je dah cukup sentap.Apatah lagi si penerima kata2 itu. Mee rebus depan mata di lihat kosong.Kata2 itu cukup aku telan dan hadam.Walaupun bukan ditujukan pada aku.Bukan belagak alim , alim2 kucing , suci ,suci dalam debu.Tidak juga untuk mempengaruhi korang yang baca entri ni terus solat taubat , hentikan zina , stop drink Carls . Tidak juga suruh korang lakukan segala maksiat yang korang tahu kat dalam dunia ni.

Cuma nak suh korang fahamkan ayat brother tadi tu. Cuba korang telan , hadam,cerna dalam neuron otak korang tu. Betul juga kan ? Ada yang kena kat batang hidung sendiri? Babe , gua yang dengar ni macam gua dipukul dengan kayu hoki tau . Lu jangan cakap pe2 k.

Dengan penuh gaya santai yang aku ada, aku sandarkan badan aku kat kerusi.Dapat aku tangkap perbualan brother berdua tu lagi.

"Aku rasa sebab Allah tak kesian kat aku dia turunkan bala kat aku.Girl aku mengandung,aku kena turun pangkat.Mama aku dah tak percaya aku lagi.Aku buntu Mer " keluh lelaki tu lagi.

Brother yang nama Mer tu pulak bersuara.

" 1 . Ini bukan bala, tapi ujian.Dia nak kau berfikir. Girl kau mengandung sebab kau langgar syariat dia.Bila kau kahwin , girl kau mengandung 2-3kali pun kau tak pening kepala.Tapi bahagia. Kau kena turun pangkat sebab prestasi kerja kau teruk.Macam mana tak teruk kalau tiap malam keluar teguk air bukan2.Mak kau tak percaya kau sebab kau berbohong.Kau tipu mak kau.Siapa suruh?" Jelas Bro Mer tu lagi.

Haaaa.. sentap ? Yeahh.. aku pun begitu.

Moral of the story, bukan aku suruh kau pergi mandi wajib ,amek wuduk pergi solat taubat. Tak.. aku story balik apa yang aku sempat curi dengar dari perbualan manusia yang jauh  lebih  berpengalaman dari aku.Kenapa aku story balik, sebab mungkin ada antara korang yang membaca entri ni,akan tersedar sendiri tentang belas kasihan tu.

Umi aku pernah cerita. Seorang pelacur dapat masuk syurga.Hanya kerana dia telah memberi air kepada seekor anjing yang kehausan. Belas kasihan ..kan?

Caww..Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment

Sebelum komen , saje nak taip ni . Gua ni hati tisu sebenarnya .