Wednesday, 26 November 2014

Hidup

Assalamualaikum bloggers and viewers .. fuhlapakk intro macam nak buat syarahan form 5 sempena bulan bahasa je kan . Hahaha.. k .. cukup mengarut..

Entri kali ni aku nak cerite pasal bende2 hidup sekeliling aku. Hah.. ingat aku nak ajar sains le tu ? Living things , non-living things. Kau ingat aku cikgu sekolah rendah ka . Aipp..aipp.. jangan mencarut .

Ok.. aku nak tanya la kat korang . Penah tak jumpe manusia yang suka gila mengatur hidup korang. ? Mesti ada kan ? Kebetulan , hidup aku ni penuh dengan manusia macam ni . Kalau bawa kebaikan aku boleh terima jugak la. Tapi kalau setakat tak bawa apa2 manfaat kat aku , dan makin menyusahkan hidup aku , itu aku tak boleh terima langsung.

Ok , apa je yang jenis makhluk ni suka aturkan yang tak mendatangkan faedah langsung ?

1 . Dia aturkan matlamat hidup kau.
Kalau dia dah aturkan matlamat hidup kau .Buat pe kau hidup lagi ? Belajar apa , kerja apa , gaji kena berapa , kau kena kahwin umur sekian , dapat anak pertama pada tarikh sekian . Dah alang2 tu ko tanye dia sekali MATI aku , ko nak bila ? Mesti dia akan cakap tarikh sekian sekian .. Biasanye diorang ni adalah masyarakat sekeliling yg mempunyai tahap mentaliti yg rendah dan mereka mempengaruhi keluarga korang.

2 . Aktiviti harian dia aturkan. Tak salah kalau nak aturkan aktiviti . Tapi jangan sampai ko tak ada life ko langsung . Wei , you the one who living your life right ? Takkan sampai ko nak ke toilet , mandi , makan pun ada jadual. Lain la kalau ko punye kesibukan tu mengalahkan pemerintah dunia . Satu2nye makhluk yg berani buat macam ni adalah seseorg yg tak tahu apa erti kehidupan sebenar . Anak sedara 10thun kebawah misalnye.

3. Menentukan ko perlu suka apa dan ko tak boleh suke apa. Ok , nampak macam dah over sangat kan? Tapi percayalah ,mang ada sejenis manusia macam ni . Dia akan tentukan bende apa yg perlu ko suke , dan apa  yg tidak . Contoh , dia nak ko suka warne merah , sebab dia tak suke warne lain selain merah. Makhluk jenis ini seperti seseorg yg kekurangan kasih sayang dan kegedikan kuasa berjuta.

4 . Dia akan tentukan had sosial kau . Ni biasa terjadi pada pasangan baru couple yg umur mereka 18 tahun ke bawah . Most my friends ada masalah ni . Tak boleh cakap dengan guy tu . Tak boleh cakap dengan girl ni . Tak boleh kawan dengan dia sebab takot kena rampas. Babe.. you obviously kene bawa partner ko tu jumpe psikiatri. Makhluk tersebut ada masalah kekurangan kasih sayang yang serius.

Dah nama pun couple , x semestinya tu jodoh ko . Kalau ko nak dia jadi milik kau , pergi jumpe bapak dia , straight hantar cincin , nikah terus. Jangan enjoy sangat doe..

Ok , sekarang . Punca kenapa ada jenis manusia yang mengatur hidup orang lain ni . Mengikut kajian eksperimenrasi dan pemerhatian selama aku hidup ni . Makhluk yg suka mengatur hidup orang ni berpunca daripada ;

1  . Curiga
Dia rasa terlalu curiga dengan kau . Thats why , diorang ni kekadang susah nak mempercayai sesuatu. Dia akan kaji balik , soal selidik , eksperimentasi sikit . Baru diorang percaya kat kau.

2 . Trauma
Mungkin diorang trauma atas kejadian2 yang telah menimpa mereka. Cewah ayat,nerd sangat . Ex membe aku dulu susah gila nak bagi mbe aku tu keluar rumah,sebab awek dia sebelum membe aku tuh kena rogol sebab keluar rumah sengsorang . Tragedi kan?

3 . Obses/Psiko
Dia sangat menginginkan kau jadi milik dia . Even sehelai rambut kau gugur pun dia simpan buat kenangan. Aku tahu creepy gila ayat ni tapi percayalah , mereka wujud . So , beware guys.

4 . Tabiat
Ada juga sesetengah makhluk ni memang tabiat dy control hidup org . Mereka merasakan mereka berkuasa terhadap seseorang itu . Biasenye lelaki yg mempunyai ego yang setinggi 7petala langit dan nafsu sedalam 7 petala bumi.

Haaaa.. da tahu kan ciri2 and punca2nye. Bila bende2 ni jadi kat aku , biasenye aku melenting jugak r . Yelah , nothing to do with them tetibe nak interfere kan . But bila fikir balik aku akan face to face dengan diorang and cakap macam ni :

Im trying to live my life here. Please stay out of the border . Thanks

Sambil buat muka selamba and from that moment terus ignore diorang.

You bother to told me what to do, what not to do,
Trying to make me be like you ,
Well , im not going to be like you -Merida in Brave- .

caww

Saturday, 22 November 2014

Sentap

"Kau nak tawu tak , nak masuk syurga Allah ni , bukan setakat kumpul pahala bertimbun-timbun je. Tapi , nak kena ada belas kasihan dari Allah. Kat dunia ni pun ko tak pernah berdoa , mintak petunjuk , mintak hidayah dari Dia. Lagi lah nak bercerita kat dia , mengadu kat dia . Tak hargai makhluk2 ciptaan Dia.Apatah lagi nak ikut arahan dia,jauhi larangan dia.Macam manalah dia nak kasihankan kau."

Sentap. Aku yang mendengar je dah cukup sentap.Apatah lagi si penerima kata2 itu. Mee rebus depan mata di lihat kosong.Kata2 itu cukup aku telan dan hadam.Walaupun bukan ditujukan pada aku.Bukan belagak alim , alim2 kucing , suci ,suci dalam debu.Tidak juga untuk mempengaruhi korang yang baca entri ni terus solat taubat , hentikan zina , stop drink Carls . Tidak juga suruh korang lakukan segala maksiat yang korang tahu kat dalam dunia ni.

Cuma nak suh korang fahamkan ayat brother tadi tu. Cuba korang telan , hadam,cerna dalam neuron otak korang tu. Betul juga kan ? Ada yang kena kat batang hidung sendiri? Babe , gua yang dengar ni macam gua dipukul dengan kayu hoki tau . Lu jangan cakap pe2 k.

Dengan penuh gaya santai yang aku ada, aku sandarkan badan aku kat kerusi.Dapat aku tangkap perbualan brother berdua tu lagi.

"Aku rasa sebab Allah tak kesian kat aku dia turunkan bala kat aku.Girl aku mengandung,aku kena turun pangkat.Mama aku dah tak percaya aku lagi.Aku buntu Mer " keluh lelaki tu lagi.

Brother yang nama Mer tu pulak bersuara.

" 1 . Ini bukan bala, tapi ujian.Dia nak kau berfikir. Girl kau mengandung sebab kau langgar syariat dia.Bila kau kahwin , girl kau mengandung 2-3kali pun kau tak pening kepala.Tapi bahagia. Kau kena turun pangkat sebab prestasi kerja kau teruk.Macam mana tak teruk kalau tiap malam keluar teguk air bukan2.Mak kau tak percaya kau sebab kau berbohong.Kau tipu mak kau.Siapa suruh?" Jelas Bro Mer tu lagi.

Haaaa.. sentap ? Yeahh.. aku pun begitu.

Moral of the story, bukan aku suruh kau pergi mandi wajib ,amek wuduk pergi solat taubat. Tak.. aku story balik apa yang aku sempat curi dengar dari perbualan manusia yang jauh  lebih  berpengalaman dari aku.Kenapa aku story balik, sebab mungkin ada antara korang yang membaca entri ni,akan tersedar sendiri tentang belas kasihan tu.

Umi aku pernah cerita. Seorang pelacur dapat masuk syurga.Hanya kerana dia telah memberi air kepada seekor anjing yang kehausan. Belas kasihan ..kan?

Caww..Assalamualaikum.

Friday, 21 November 2014

Perasaan

Assalamualaikum.. hahaha.. aq rasa entri ni baru aq bagi salam kan..
Haram jadah betol! Hahaha..

Ok.. entri kali ni aku nak cakap pasal kebencian. You know what.. Hate are roots to all suffer.. Ok.. straight to the point..

Kebencian ⇨ Dendam ⇨ Balas Dendam ⇨ Someone will get hurt.

Mesti korang ingat sesimple tu je kan. Sebenarnya kan.. benci ni more to being yourself. Asal aku mencarut cam tu..? Ok..Sebenarnye .. *ni kali ke-2 aku taip sebenarnye.. haram jadah betol* kite yang bentuk diri kita sekarang. Contoh : kau nak jadikan diri kau seorang yang berkeyakinan tinggi. Kau pergi gym , pusat rawatan kecantikan , facial sume.. sebab nak nampak menarik so that ada keyakinan nak berdepan manusia yang pentingkan rupa zaman sekarang ni .

Ok.. apa kena mengena dengan kebencian? As i mencarut di atas, kita dah letak kat dalam otak kita macam mana diri kita bile berdepan dengan orang. Tapi , bile bab perasaan benci ni . We more to cannot control it. Ye lah, manusia ni lebih ikutkan perasaan daripada pemikiran. Kalau tak, takdenye timbul isu "keyboard warriors" bagai. Right ??

Bila seseorang tu dah mula ada perasaan benci . They will make sure that person will feel of being hurt. English terabur sangat k!  Ok. Kat situ dah mula isu berdendam.Bila da berdendam , every single thing dia akan ambil tahu so that plan dia nak jalankan dendam dia tu berjaya. Kalau berjaya, well.. dia akan puas. Kalau tak berjaya buat dirinya puas dengan dendam tu, akan berlaku lagi plan2 balas dendam.

Ada juga situasi macam ni :
A dendam dengan B. A berjaya balas dendam. B dapat tahu siapa kenekan dia iaitu A. B balas dendam dengan A.

Kalau macam ni bila nak habis cerita?

Ada juga situasi macam ni :
A dah berjaya balas dendam dengan B. B percaya bahawa yang balas dendam adalah C. Jadi dia merancang untuk balas dendam dengan C.

Can't you see, it will only brings suffer to innocent people ? Moral of the story , jangan sakit hati dengan orang, tak muncul benci , tak muncul dendam, tak ada yang sakit.
Isu ni sangat berlainan dengan isu saiko (psiko) tau. Next entri aku cerite r pasal saiko ni eh..

Dendam umpama ubat untuk puaskan hati..
Tetapi ada penawar yang lebih baik daripada itu..
iaitu KEMAAFAN..

Ada juga benci yang boleh jadi sayang. Mesti korang selalu dengar :
Jangan benci sangat , kang yang dibenci itu yang jadi jodohnye.

Haaaaaa.. formula untuk ni senang je :

Benci ⇨ Selalu Teringat ⇨ Selalu Perhati ⇨ Nampak Kebaikan ⇨ Jatuh Cinta

Hahahhahha..Senang sangat formula tu kan,
Ok cam ne nak start eh .. Ok cam ni, bila kita benci kat seseorang yang kite sendiri tak tahu kenapa kite benci dia. Percayalah, kau da start suke dia sebenarnya. Tak payah nak berdalih lah nakk. Ego tu tak payah nak tinggi menggunung Everest sangat okay.

Bile dia selalu usik kau, selalu buat kau sakit hati , kau mesti teringat-ingat kan? Tak payah tipu laa. Bila ingat balik tu, mesti kau tetibe terfikir dia tu sebenarnya comelkan? Yeah bro, lu dah tangkap cintan dengan dia bro. Hahaha..
Bila berdepan dengan situasi ni, aku minta sangat rendahkanlah ego kau yang tinggi langit ketujuh tu .. ok ?

Satu lagi, korang tau tak . Kite sebenarnya boleh control perasaan dan emosi kita. Cume bila nak buat benda ni, kita punye mental kena betol2 kuat.

Contoh : kau dapat tahu awek kau tengah syok berendut dengan relay-breaker mana entah. Situasi yang boleh kau lakukan :

1. Kau boleh bunuh awek kau , the relay- breaker and bunuh diri or
2. Kau boleh walk away dari hidup awek tu for ever n never cair lagi dengan pujuk rayu dia or
3. Kau boleh tarik mana2 awek dan berendut jugak depan mata awek tu.

Situasi 1 : kau mang tak ada mental yang kuat langsung untuk berdepan situasi ni. Apatah lagi nak control perasaan kau..Biasanya pakcik2 kat warung kopi Mak Janda akan cop kau sebagai manusia yang mempunyai masalah mental yang teruk. Kau nak bunuh diorang tu dah la, buat pe bunuh diri pulak.

Situasi 2 : kau mempunyai mental yang kukuh , tapi kau masih tak boleh kawal emosi dan perasaan kau . Kemungkinan untuk kau get back dengan awek tu 60%. Walaupun kau tak cair dengan pujuk rayu dy, percayalah..wanita itu punya aura yang sekali dia smash, kau takkan boleh tangkis lagi.

Situasi 3 : bro.. you the best ! Kau ada mental yang kuat , sebab kau tak buat benda2 bodoh and kau boleh tarik mana2 perempuan untuk berendut sekali dengan kau. Percayalah,  lepas awek tu tengok kau dengan girl lain (make sure girl tu lagi hot dari awek kau), dia akan blacklist kau dari contact hidup dia.

Ok..situasi2 yang aku carutkan kat atas tu bukan sahaja boleh berlaku kat lelaki , tapi girls.. you olls pun k..
Till then.. caww.. Assalamualaikum..
-LoadingJap-

Wednesday, 19 November 2014

Halau

Entri kali ni nak cite pasal kena halau..
Aku tak tahulah apa kena dengan aku.. tetibe jer dapat idea nak tulis entri ni..

Cerite dia cam ni..
Ada satu malam tu.. malam periksa STPM..oh.. aku lupa nak cakap kat korang . Aku ni budak STPM.. dok asrama dengan member-member yang mula tak kenal.. tapi bile dah kenal.. dia punya gila lagi gila dari pesakit gila kat hospital gila..

Nak dijadikan cerita . Malam tu kat asrama.. punya heaven dekat bilik prep.. dok tengok movie Despicable Me 2 guna laptop membe.. aku dengan membe aku dua orang je tengok movie.. lagi 4 orang termasuk sorang kakak upper 6 ni gosip2 lepas conteng muke sorang warden dekat dinding.. haru kan diorang??

Nak kata kitorang yang tengok movie ni bising .  Tak juga la.. adat la.. tengok cerite ada natang kuning kecik dengan bahasa alien apa entah , mesti ada gelak2 kan.. ko jangan cakap aku.. ko pun same kan.. 

Tapi yang group bergosip pasal nak kahwin, masuk UPSI ,nama anak Dalila tu semua boleh tahan gelak diorang..

Tetibe dengar ada yang menjerit at sebelah.. sayup2 je dengar..
Tak sampai 5 minit.. warden yang diorang conteng mukenye kat dinding bilik prep kitorang tu muncul..

Rupenye dia tak boleh nak tido sebab kitorang bising sangat.. Almaklum sajalah.. bilik prep kitorang betol2 sebelah bilik warden tu.. nak pulak masa tu da dekat 1.30 pagi.. adat la.. da akhir2 tahun kan..Apa tak krikk krikk bila dia masuk..

Dia suh kitorang balik dorm.Ingat nak lambat-lambat la.. amek bantal , selimut sume (bilik prep kitorang adalah dorm kitorang) ..tetibe ''Haa.. cepat..saya tunggu ni..'' sambil bercekak pinggang.. Matilah nakkkkk...

Berbekalkan muke selamba yang dibuat-buat.. kami sume ambil yang patut.. aku ambil dulu barang haram aku (handphone) sebelum warden tu check yang bukan2 pulak.. then kitorang pun cau masuk dorm.. masuk dorm pun main redah je.. asal kosong . Haha..

Da sampai dorm.. ketawa yang ditahan2 tadi macam nak gegar dorm tu.. gila tak haru?! Nasib warden tu tak masuk dalam bilik prep yang da macam rumah setinggan tu. Itu lah tempat belajar, itulah tempat tido, itulah dapur , itulah DM (dewan makan) memandangkan cawan ,pinggan , mangkuk DM pun kitorang songlap. Double luck bila dia tak nampak apa yang diorang conteng kat dinding bilik prep .  Hahahahahaha...

That moment baru kitorang sedar perasaan dihalau tu macam mane..