Friday, 20 March 2015

Pressure

Mengantuk . Itu sahaja yang dapat aku ungkapkan . Otak ku penat . Otak ku perlu rehat . Otak ku sudah sedia kusut dengan sambungan neuron . Otak ku sudah sedia serabut dengan jalinan sel-selnya . Otak ku sebagai pusat mengawal gerak tubuh badan . Sekarang perlukan rehat . Butuhkan tidur . Bukan otak ku sahaja . Tetapi otak kamu , dia , mereka , dan 7 billion manusia yang lain . Itu baharu manusia . Belum haiwan , makhluk , di darat , laut mahupun di udara .

Tetapi tidak ! Belum berhenti lagi . Aku perlu siapkan . Aku perlu selesaikan . Aku perlu ! Aku mesti ! Tugasan belum disempurnakan lagi ! Jangan berhenti ! "Kejut otak kau ! Kerah dia bekerja lagi ! " bisik hati . Aku kawal jari jemari aku . Aku buntangkan mata aku . Aku kunci bibir dari meludah makian . Aku pekakkan telinga dari mendengar kekalutan .

Tapi mampukah aku ?

Hati . Hati semakin lemah . Emosi semakin goyah . Apa yang telah berlaku dalam hidup ? Terlalu sukar untuk ditafsirkan . Terlalu sulit untuk diterjemahkan . Terlalu susah untuk difahamkan . Yang pasti , hati tidak secekal sebelumnya . Hati tidak setabah dahulunya .

Hati dirobek , disiat , dicincang , dihancur , dan dibakar . Emosi menjadi tidak stabil . Sambil ku kawal jari di papan kekunci , sambil itu jua air mata menitik ke pipi , jatuh ke ruangan lantai . Aku diam . Membisu . Masih menyiapkan tugasan . Walaupun otak menangis meminta jeda .

Haus . Tekak ku haus . Haus benar . Aku mencapai botol air di tepi tingkap . Tetapi otak terlalu penat . Sedang tangan kanan ku sibuk menari diatas papan kekunci , tangan kiri ku cuba mencapai botol air tanpa aku menoleh . Paaaap !
Ahhhhhhh! Jatuh . Botol yang penuh berisi air itu jatuh ke luar tingkap . Botol itu pecah . Perkataan makian sudah terkeluar dari mulut ku .

Otak penat . Emosi tidak stabil . Kehausan. Membentuk tekanan dalam diri . Aku bingkas . Pergi dari situ . Mencari bantal . Tidak bermakna aku menyerah . Aku cuma pergi . Mengumpul kekuatan . Untuk berhadapan dengan tekanan lagi .

Cawwwww~
Assalamualaikum .

Saturday, 7 March 2015

Sakit

Sakit ...
kau tahu apa yang sakit .

sakit bila kau datang , kau pergi , buat aku macam bustop .

sakit bila kau dengar cerita aku , tangis aku , gelak aku , tapi tak faham apa yang aku rasa .

sakit bila segala benda yang aku buat , kau kata aku celaka .

sakit bila salah aku kau jelas hukum umpama diri kau Tuhan .

sakit bila kau henyak diri aku supaya kau bisa berdiri sebelah langit separa .

sakit bila kau buat aku terdesak mati sedang kau hidup bahagia selamanya .

Sakit ....
Hati yang sakit ...

Tuesday, 24 February 2015

Hakikat Hikayat

Dengan lenggang kangkung gua jalan turun ke RTC . "Chaww ostel" arini . Bukan gua sengaja . Kalau tak disebabkan kerja kursus sejarah yang memerlukan sesi temubual dengan cikgu tadika . Sumpah aku dah seronok berdengkur masa prep petang tadi .

Buah nenas yang gua beli dekat supermarket tadi gua gigit , kunyah , telan , hadam cerna dalam sistem badan . Sambil gua tunggu bas no 2 datang menjengah mengangkut kelompok manusia yang bermacam topeng ragam. Gua pun tengok lah suasana sekeliling . Tak ramai orang sangat . Tak sesak . Boleh dikira dengan jari kaki tangan berapa je yang ada .

Ada yang baca suratkhabar , ada yang berendut berdua , ada yang tunggu bas jugak macam gua . Ada tu tak tahu asal dari mana entah , rambut pink , baju pink , seluar kotak2 merah putih , beg sandang hitam dengar walkman . Tak tahu tak nak tahu . Yang gua tahu , mana bas no 2 ni tak muncul2 !

Khayal tengok orang sekeliling tetiba ada yang duduk sebelah gua. Perempuan . Lingkungan usia dalam 30-40an . Baju serba hitam . Sekali tengok gua dah tahu ini indon mari . Gua mula2 saja nak buat2 dono je . Tapi...

"Kerusi disini kebanyakannya rusak ya"
Perempuan tu mulakan bicara . Aduh sih , gi mana ni , gue enggak bisa bicara indon dong . *dalam hati*
Dah dia tegur dulu , takkan gua nak sombong bodoh kat situ kan . Jadi , bagi mengelakkan orang judge gua as "kurang ajar ! " so aku layan je la .

Dari kerusi rusak tuh . Mula la cite pasal pelajaran . PESANTREN , ustaz , ustazah , kahwin , anak sulung 21 tahun sume .
The thing is ...

That woman , yang first impression kalau ko tengok like the others PATI , tak ada masa depan yang cerah , datang Malaysia for money actually dia ada ..

Kelulusan Al-Quran dan Hadis dari PESANTREN yg membolehkan kau jadi ustaz ustazah dekat sana ( Indonesia ) , masa depan cerah , bahkan bekalan untuk akhirat , disanjung manusia siap bagi aku ayat2 al-Quran untuk dijadikan amalan tapi bila datang Malaysia dia cuma boleh jadi pembantu kantin je .

Gua agak terkejut k . Bila gua tanya dia nak pergi mana sebenarnya , dia cakap dia nak pergi pajak gadai . Lagi gua terkejut . She said that dia perlukan duit nak biaya pelajaran anak2 dia dekat sana . Like seriously , seorang ibu , ada kelulusan , tapi just kerja pembantu kantin , nak kena sara anak2 sampai pergi pajak gadai .  Ada laki , kerja kontrakan doang . Mana cukup nak sara 5 anak doe .

Perempuan tu ada jugak buat kerja sampingan,ajar anak orang mengaji (baca al-Quran) . Yang buat gua malu as rakyat Malaysia , dia cakap ada seorang ibu budak yang dia ajar tu , tak bayar upah dia . Memang la ajar kerana Allah , tapi kalau dah bertangguh bayar sampai beribu . Memang kesian la kan . Kenapa gua percaya ? Sebab kalau dia tipu pun , bukan urusan gua . Itu urusan dia dengan yang kat atas sana .

Lastly dia cume pesan belajar pandai2 , sungguh , niat belajar kerana Allah . Inn shaa Allah , Allah bantu .

Kadang-kadang apa yang kita fikirkan tentang seorang tu, jauh terpesong dari apa yang sebenarnya berlaku .

Moral of the story , jangan judge people selagi kita tak duduk berdua talk hati to hati .

Abah aku pesan ,
Nak kenal orang bukan kerana lidahnya ,
Bukan kerana  pakaiannya ,
Bukan kerana rupanya ,
Tapi kerana hati budinya

Chaww~~

Friday, 13 February 2015

K A M E L I A

Assalamualaikum. Hai. Buad apa? Entri kali nih, nak cakap pasal KAMELIA . Kamelia tuh maksodnya Khamisah Amira Mimie Eka Laila IffAh. Hohohoh. Kami kenal masa kat form six, kami kenal secara tak sengaja. Dalam kelas 6R5. Memg fun ah time tuh. Kat kelas kita ada 6 org jek perempuan. Perempuan tuh kitaorg lah. Hohoho. Start akhir tahunlah kitaorg rapat. Hahaha.. masa tuh buad Muet nak 6 org.  Kitaorg lah 6 org tuh. Hohoho. Mysah lah yg buad group tuh, secara tak sengaja terjadi lah KAMELIAlove you my friends. Hope we friend until jannah. Maafkan aku kalau aku ada buad salah kat korg.






Sincerely,
Laila♡

Tuesday, 10 February 2015

Kawan

Bila aku sedih
Ada je keletah yang diorang buat
Untuk hiburkan aku

Bila aku marah
Ada je kata2 diorang
Yang lembutkan hati aku

Bila aku fed-up
Ada je suara diorang
Untuk bangkitkan semangat aku

Bila aku keliru
Ada je penjelasan dari diorang
Yang buat aku jelas

Bila aku perlu
Ada je diorang
Walaupun jauh
Tapi diorang memang ada

Sorry guys .. aku tak reti nak buat perkara2 atau jenis2 penghargaan kat korang .
Aku cuma boleh luahkan melalui tulisan je ..

Whatever it is ..
Aku sayang

Khamisah
Amira
Mimie
Eqa
Laila
IffAh

K.A.M.E.L.I.A

With lots of love , for me to you guys ..

:*