Thursday, 22 January 2015

Gila , Gedik , Gonjol

Apa bende yg aku karutkan kat tajuk entri ni memang ada kebenarannya ya .. cite die macam ni ....

Aku ni senior dekat ostel aku . Mak segala kakak . Yang paling tua diantara yang tua . Yang paling matang antara yg x cukup matang . (Cewahh ayat dia...)

The thing is , bila bab berkomunikasi dengan bebudak . Aku kurang ngerti dikit . As aku memang tak berapa gemar layan budak . Especially girls . Adik2 ostel yg baca blog akak jgn kecik aty yeeeee.. Sebabnya cuma satu , aku tahu aku orangnya kasar bila bab berkata-kata . And benda yg aku paling takut sekali is when you orang (the girls) terasa dengan apa yg aku cakap .

Jadi , cara penyelesaian aku untuk rapat dengan bebudak ni ialah

1. Talk to them .
- cakap la apa2 dengan dyorang .
-Hey suara you sedap la ...
-Hai
-Boleh tolong akak tak ..

But , aku tak berapa suka soal personal . Sebab dengan cara tu , hubungan antara strangers tu jadi macam lain macam nanti . Hahaha .. aku pun tak suka strangers yang baru 2-3 hari tegur , tetiba tanye pasal private life aku kan . First impression kat orang mesti macam "such kepohciii" or "busybody bebenor mu ni"

Then , aku try la step ke 2.
Be someone yang diorang tak pernah sangka aku akan jadi . (Aku pun tak sangka aku boleh jadi cenggitu sekali)

-gila -gedik -gonjol -psiko -scary

Tu antara watak2 yang aku selalu lakonkan . Dengan itu , dyorang faham . Bende2 yang aku buat tu semua just lakonan . Buat bahan lawak . Saje nak buat dyorang semua suka kat aku . Thats all .
Aku pun kena tunjukkan the real me in reality life . So that , dyorg tahu dan dapat beza kan time aku tengah serius dengan main2 .

Especially time aku tengah buat keje yang betul memerlukan daya tumpuan aku.That time , memang aku tak pandang kiri kanan. Dont expect me to do something funny or crazy or whatsoever . Punchline semua lari time tuh . Sebelum kau terasa aku tak layan ko , better ko gi wat keje ko . Haahhahhaa...

K .. by the way . Sorry sebab lama tak mengupdate . Since dok ostel balik , with new sem , dgn course work melambak . Tak tersentuh pulak handset kat tepi  . Hehehe .. maap ye. Lagipun azam tahun baru ni aku nak share sikit la ngan korang    (chehhh.. da nk masuk bulan dua baru nak cite azam tahun baru )

-tak nak main enpon dalam kelas
-tak nak susahkan cikgu2 sem 2 dan 3

Adios my pwen .
Chawww...

Sunday, 4 January 2015

Puppy love Ⅱ

Assalamualaikum my dear blog ,

Straight to the titik , malas nak taip meleweh-leweh ,

In previous entry aku ada story-mory pasal puppy love right beserta contoh-contoh yg korang kata suwit sangat tuh . Alolalilo... suwit ye dik . (Suwit jadah dia cenggitu .. huh .. marah ni ) hahaha .. takot tak ?!!

Ok, aku mintak pendapat my dear umi la kan bab ni . My umi cakap ada banyak punca . Puncanya cam biasa la , dia suh aku tengok skema jawapan karangan aku masa form 5 . Kurang itu ini , pengaruh itu ini . Tapi , tu semua tak jadi masalah kalau nak jadikan hubungan tu jadi bersih tanpa maksiat . Yang penting sabar dan tawakkal . Kalau itu jodoh kita , tak payah couple pun . Doa , sabar (menunggu masa sesuai) , usaha (proses meminang,bertunang) , tawakkal . Kalau tu jodoh kita , tak ke mana pergi nya .

Amacam ayat umi aku ? Hahahaha .. sambil aku taip ni , sambil tu jugak dia membebel . Korang baca je la ye . Korang jangan cakap aku gila pulak k .

Cara nak mengatasi .. kahwin . Yelah , kalau hangpa muda , kahwin la muda.

Apa kes kahwin muda . Tak enjoy r.

Kahwin muda ? Brr

Hmm, dah ada isi la tu . Tu yang kahwin cepat tu.

Yang aku taip bold dan italic tu pun , salah satu punca juga . Lebih2 lagi yang last tu . Dah la ikut suka cakap dia je , bongek pulak tu . Disebabkan warga emas, platinum dan titanium berkata begini . Disebabkan itu juga , ramai yang ambil langkah untuk menjadikan puppy love ni sebagai satu trend . Boleh berkasih sayang free2 cenggitu je .

Meh saya story la ye , first time Nabi kita , Nabi Muhammad s.a.w kahwin pun umur 25 tahun . Muda juga . Saidatina Aisyah r.a bernikah umur 7 ke 9 tahun dengan Nabi kita . Muda tak muda ?

Ahh .. itu Nabi ...

Bro .. Nabi kita tu pun manusia jugak . Sama je dengan kita . Ye dak ? Dia cuma ada kelebihan sikit ja. Lagipun , wujudnya Nabi tu memang untuk kita sebagai umatnya mencontohi dia kan ?

Ok , lastly . Aku pi story sume ni bukan sebab aku cemburu hang ada marka (kekasih hati) . Aku pun ada kesayangan. Tapi bak kata kesayangan aku cakap la..

Kita couple ni , toksah kalut sangat. Gelojoh , terburu-buru . Rilek2 sudah 

Aku buat entri Puppy Love dan Puppy Love Ⅱ ni , sebab aku baca pasal kes dumping babies , teen mothers , bunuh diri dan anak . Kalau korang dah meroyan sangat nak buat benda tu . Aku nasihatkan , kahwin .

Kalau nak enjoy je . Enjoy la . Tapi jangan jadi bodoh k . Ada alat pencegahan , guna alat pencegahan . Bukan aku hasut korang buat zina k . Cume , if you cannot be part of the solution , dont be part of the problem .

Caww~~

Wednesday, 31 December 2014

Puppy Love

Assalamualaikum guys..
Jawab salam aku tuh ye , jangan lupa ..

Entri kali ni aku nak story-mory pasal puppy love . Cinta anak anjing . Kenapa aku tak taip cinta monyet . Meh pakat ramai2 dok depan monitor baca apa yang aku taip ni.

Korang tau kan orang Barat letak Puppy Love . Cinta anak anjing . Anjing dah sah2 haram nak disentuh oleh orang Islam .
Orang Melayu pulak , dia punya bangang pi letak Cinta Monyet . Monyet boleh disentuh , tapi susah nak jaga .
Kesimpulannya , couple tu menurut Islam . Mang tak boleh . Haram . Zina hati . Kira betul la apa orang Barat kata Cinta Anak Anjing . Orang Melayu je buat Cinta Monyet nih .  Betul dok ?

Ok , aku buat entri ni tak ada kena mengena suh korang putus hubungan , xde nak mengata , xde nak menghina . Korang jangan salah sangka . Sebab nya , puppy love ni terjadi , muncul dan wujud di zaman persekolahan . Baik sekolah menengah mahupun sekolah rendah . Lingkungan usia 12-17 tahun .Selepas daripada umur sekian , kita punya otak , dah boleh dikatakan matang , disebabkan faktor tempat , persekitaran,dan hubungan baru.Ada paham ?

Aku buat entri ni jugak sebab aku dah rasa betapa bangangnya lah puppy love ni . Kalau boleh buat list , aku rasa list advantage puppy love ni setakat 2-3 kerat ayat je . Disadvantage puppy love , penuh kertas tu .

Untuk adik2 yang 17tahun kebawah tu , di nasihatkan supaya tak terjebaklah dengan cinta anak anjing ni . Bukan tak happy dengan kebahagiaan korang . But , lebih kepada pencegahan supaya korang tak terlalu meroyan bila dah pakwe/makwe korang sambung belajar jumpa orang baru . Which is much better than you .

Tak dinafikan , ada yang sampai ke jinjang pelamin . But , korang akan matang satu hari nanti , jadi korang pandai2 la fikir , korang boleh sabar ? Tahan ? Dengan partner korang tu . Lebih2 lagi bila muncul isu BOSAN .

Aku sebenarnya dah mula rimas,lemas,muak,loya tekak,bosan bila aku bukak FB misalnya .

"Papa tak balas chat mama. Mama bunuh diri"

"Amiey..abie mintak maaf , janji tak buat lagi. Dont leave me"

"Baby i ajak noty2.. adios"

"Bie.. thanks for today . I happy sangat . Our first kiss. Hope relay kita kekal till Jannah"

Jannah ? Your head la ! Jahanam adalah.

Ok , secara generalisasinya , tuntasnya , kesimpulannya , konklusinya ,

Entri kali ni , bukan aku hasut korang supaya putus , bukan juga utk menghina korang , tak juga suruh korang buat perkara tak senonoh ni semua , tapi harapnya korang faham keadaan akhir zaman ni macam mana . Nak bercinta ? Pada aku cinta tu biar kerana Allah . Bak kata kesayangan aku , kita couple nih , tak payah gelojoh . Rilek2 sudah .

L-Uhibbuki Fillah Abadan Abada
P-Uhibbuka Fillah Abadan Abada

(Sayang awak kerana Allah selamanya)

Maybe akn ada Puppy Love Ⅱ
Nak terangkan punca , n cara mengatasi macam biasa .. so .. till then.

Caww~

Tuesday, 23 December 2014

Kejam

Assalamualaikum bloggers and viewers . Entri kali ni , aku nak cerita pasal kejam . Sikap manusia yang satu ni , buat aku tertarik nak story-mory kat kau orang semua . Harapnya korang semua dapat hadam cerna proses pasal story yg aku nak goreng nih .

Kejam . Apa pendapat korang mengenai kejam ? Zionis ? Penderaan ? Pembunuhan ? Sakit ? Haru biru ? Hati hancur ? Kepercayaan hilang ? Adolf Hitler ?

Macam mana seorang bapa sanggup rogol dan bunuh anak sendiri ?
Macam mana seorang manusia sanggup dera bayi sampai mati ?
Macam mana seorang ibu sanggup buang anak sendiri ?
Macam mana seorang member tikam belakang member ?
Macam mana diorang sanggup ? Macam mana ? Cer cite ..

Meh aku cerita ,

1. Sebab nafsu . Bila nafsu menguasai diri sendiri . Dia buat apa sahaja yang dia nak lakukan . Bile dia tersedar apa yang dia lakukan tu salah . Dia nak tutup kesalahan dia dah tak boleh . Tu yang dia main langgar je . Sebab terdesak . Kenapa ?  Sebab tak nak bertanggungjawab . Baru boleh cakap berani buat , tak berani tanggung .

2. Mental tak kukuh . Bila mental tak kukuh , iblis suka tau . Senang untuk dia menghasut manusia . Dia bisik sikit , dia hasut sikit . Manusia yang mentalnya tak kukuh ni , selalunya senang terdedah . Tu yang dia boleh dengar macam2 . Sembelih bapak sendiri pun dia kata ada orang suruh dia buat . Kalau mental dia excellent dia pi penggal kepala orang yang suruh dia buat tuh .

3.Kurang didikan agama . Yang ini maaf lah ye . Skema jawapan tingkatan 1 . Tapi kurangnya didikan agama ini lah yang menjadi faktor . Akar segala jenayah . Cuba korang bayangkan , dari kurangnya didikan agama ni , dari sekecil-kecil mencuri boleh jadi kes membunuh . Dari mula minum todi jadi perogol bersiri . Dari sekelumit trauma boleh jadi manusia paling kejam kat bumi nih .

Kejam ni , bukan pasal pembunuh bersiri je tau . Kau orang tahu tak , sikap tak ambil peduli . Tak ambil kisah . Tak ambil tahu pun termasuk dalam kategori kejam . How it goes ? It goes like this ,(#englishterabur) kau nampak budak kena pukul . Kena rogol . Anak jiran sebelah rumah menjerit menangis mintak tolong .
Tapi kau dok menonong tayang belagak kau depan semua orang . Tak nak digelar "jaga tepi kain orang" katanya .

Gua jumpa lu , mang gua slap lu guna cangkul tanah warisan 2 abad lalu . Ya , tak nak jaga tepi kain orang . Aku faham . Aku pun tak nak macam tu . Tapi agak2 la , takkan bunyi orang kena tembak dengan guruh berdentum pun tak boleh nak beza . Ye dok ?

Oleh itu , sesungguhnya , jelaslah disini bahawa .. (ayat simpul budak2 form 6 selalu guna untuk karangan bm..bhahaha)  kejam ni banyak bentuk , banyak sifat , gua tak boleh nak listkan semua kat sini , gua update blog ni guna henpon baling main lambung2 jer . Bukan lappy windows 8 maen touch2 screen tuh.. Hahaha..

Untuk cure mahupun mengelakkan dapat member kejam ni , ko cuma perlu ambil berat pasal member2 ko ni . Kau orang kena analisis dulu kejam diorang ni tahap mana . Ye lah , mana lah tahu dapat member obses si creepy saiko (psiko) . Parah beb !

Aku pun taksub. Taksub untuk jatuhkan kau ! Bhahaha.. -titahbukansabda-

Caww~~

Monday, 22 December 2014

Ubah , Berubah , dan Perubahan

Ubah , berubah dan perubahan . 3 perkataan ni , boleh jadi menyakitkan . Boleh jadi menggembirakan .

Some changes it can bring to a great feeling .
Some only cost suffer .

Apa pasal aku tetiba cerita pasal benda ni ? Sebab aku ada kene mengena dengan benda yang aku bebelkan ni . Ye lah , people change dalam sekelip mata. Kan ?

Manusia boleh berubah sebab sejarah.
Manusia boleh berubah sebab pengalaman.
Manusia boleh berubah sebab masa.
Manusia boleh berubah sebab environment.

Aku ada story sikit . This is base on my experience. Aku ada sorang member ni . I would call him as A . Yelah , abah aku cakap , kalau di sebut nama orang tu , kira mengumpat, ye dok ?

Aku boleh describe A ni as my buddyz , my bro ye lah ,  aku xde abang , and my consultant. Dia yang aku boleh harap nak bagi nasihat better than my other friends. Maybe sebab perbezaan umur , dia da matang sikit kot . Dia ni yang ajar aku tentang quoting . Dia yang dedahkan aku dalam dunia penulisan ni . Pada aku , dia sangat friendly , pandai , and matang .

Untill one day , aku tak tahu salah apa aku kat dia . Dia tuduh aku bukak aib dia dekat bestfriend aku. People not perfect , right ? Maybe dia tak sedar , dia yang update moment pasal bende tu , and my bestfriend saje nak usik dia pasal benda tu . Our conversation before that , full with laughter , knowledge , fun . Turns out , he ignore me like i never exist. I tried to explain tapi dia anggap aku manipulate sebab aku debaters. Tuhan je tahu kecewanya aku kat dia. I really though he knows me .

In our last conversation , aku cuma boleh gambarkan , dia seorang yang ikot perasaan , tak lah matang seperti aku gambarkan sebelum ni . Maybe he stressed . I just wish he would talk to me again .

Sometimes ,bile aku fikir pasal benda ni, aku rasa sakit sangat sebab diperlakukan cam tu . No second chance . He change to somebody that i never knew . He change . 1 perubahan yang menyakitkan .

Ubah diri untuk Dia.
Berubah biar ke jalan-Nya.
Perubahan perlu hidayah-Nya.

Assalamualaikum..
Caww..