Wednesday, 31 December 2014

Puppy Love

Assalamualaikum guys..
Jawab salam aku tuh ye , jangan lupa ..

Entri kali ni aku nak story-mory pasal puppy love . Cinta anak anjing . Kenapa aku tak taip cinta monyet . Meh pakat ramai2 dok depan monitor baca apa yang aku taip ni.

Korang tau kan orang Barat letak Puppy Love . Cinta anak anjing . Anjing dah sah2 haram nak disentuh oleh orang Islam .
Orang Melayu pulak , dia punya bangang pi letak Cinta Monyet . Monyet boleh disentuh , tapi susah nak jaga .
Kesimpulannya , couple tu menurut Islam . Mang tak boleh . Haram . Zina hati . Kira betul la apa orang Barat kata Cinta Anak Anjing . Orang Melayu je buat Cinta Monyet nih .  Betul dok ?

Ok , aku buat entri ni tak ada kena mengena suh korang putus hubungan , xde nak mengata , xde nak menghina . Korang jangan salah sangka . Sebab nya , puppy love ni terjadi , muncul dan wujud di zaman persekolahan . Baik sekolah menengah mahupun sekolah rendah . Lingkungan usia 12-17 tahun .Selepas daripada umur sekian , kita punya otak , dah boleh dikatakan matang , disebabkan faktor tempat , persekitaran,dan hubungan baru.Ada paham ?

Aku buat entri ni jugak sebab aku dah rasa betapa bangangnya lah puppy love ni . Kalau boleh buat list , aku rasa list advantage puppy love ni setakat 2-3 kerat ayat je . Disadvantage puppy love , penuh kertas tu .

Untuk adik2 yang 17tahun kebawah tu , di nasihatkan supaya tak terjebaklah dengan cinta anak anjing ni . Bukan tak happy dengan kebahagiaan korang . But , lebih kepada pencegahan supaya korang tak terlalu meroyan bila dah pakwe/makwe korang sambung belajar jumpa orang baru . Which is much better than you .

Tak dinafikan , ada yang sampai ke jinjang pelamin . But , korang akan matang satu hari nanti , jadi korang pandai2 la fikir , korang boleh sabar ? Tahan ? Dengan partner korang tu . Lebih2 lagi bila muncul isu BOSAN .

Aku sebenarnya dah mula rimas,lemas,muak,loya tekak,bosan bila aku bukak FB misalnya .

"Papa tak balas chat mama. Mama bunuh diri"

"Amiey..abie mintak maaf , janji tak buat lagi. Dont leave me"

"Baby i ajak noty2.. adios"

"Bie.. thanks for today . I happy sangat . Our first kiss. Hope relay kita kekal till Jannah"

Jannah ? Your head la ! Jahanam adalah.

Ok , secara generalisasinya , tuntasnya , kesimpulannya , konklusinya ,

Entri kali ni , bukan aku hasut korang supaya putus , bukan juga utk menghina korang , tak juga suruh korang buat perkara tak senonoh ni semua , tapi harapnya korang faham keadaan akhir zaman ni macam mana . Nak bercinta ? Pada aku cinta tu biar kerana Allah . Bak kata kesayangan aku , kita couple nih , tak payah gelojoh . Rilek2 sudah .

L-Uhibbuki Fillah Abadan Abada
P-Uhibbuka Fillah Abadan Abada

(Sayang awak kerana Allah selamanya)

Maybe akn ada Puppy Love Ⅱ
Nak terangkan punca , n cara mengatasi macam biasa .. so .. till then.

Caww~

Tuesday, 23 December 2014

Kejam

Assalamualaikum bloggers and viewers . Entri kali ni , aku nak cerita pasal kejam . Sikap manusia yang satu ni , buat aku tertarik nak story-mory kat kau orang semua . Harapnya korang semua dapat hadam cerna proses pasal story yg aku nak goreng nih .

Kejam . Apa pendapat korang mengenai kejam ? Zionis ? Penderaan ? Pembunuhan ? Sakit ? Haru biru ? Hati hancur ? Kepercayaan hilang ? Adolf Hitler ?

Macam mana seorang bapa sanggup rogol dan bunuh anak sendiri ?
Macam mana seorang manusia sanggup dera bayi sampai mati ?
Macam mana seorang ibu sanggup buang anak sendiri ?
Macam mana seorang member tikam belakang member ?
Macam mana diorang sanggup ? Macam mana ? Cer cite ..

Meh aku cerita ,

1. Sebab nafsu . Bila nafsu menguasai diri sendiri . Dia buat apa sahaja yang dia nak lakukan . Bile dia tersedar apa yang dia lakukan tu salah . Dia nak tutup kesalahan dia dah tak boleh . Tu yang dia main langgar je . Sebab terdesak . Kenapa ?  Sebab tak nak bertanggungjawab . Baru boleh cakap berani buat , tak berani tanggung .

2. Mental tak kukuh . Bila mental tak kukuh , iblis suka tau . Senang untuk dia menghasut manusia . Dia bisik sikit , dia hasut sikit . Manusia yang mentalnya tak kukuh ni , selalunya senang terdedah . Tu yang dia boleh dengar macam2 . Sembelih bapak sendiri pun dia kata ada orang suruh dia buat . Kalau mental dia excellent dia pi penggal kepala orang yang suruh dia buat tuh .

3.Kurang didikan agama . Yang ini maaf lah ye . Skema jawapan tingkatan 1 . Tapi kurangnya didikan agama ini lah yang menjadi faktor . Akar segala jenayah . Cuba korang bayangkan , dari kurangnya didikan agama ni , dari sekecil-kecil mencuri boleh jadi kes membunuh . Dari mula minum todi jadi perogol bersiri . Dari sekelumit trauma boleh jadi manusia paling kejam kat bumi nih .

Kejam ni , bukan pasal pembunuh bersiri je tau . Kau orang tahu tak , sikap tak ambil peduli . Tak ambil kisah . Tak ambil tahu pun termasuk dalam kategori kejam . How it goes ? It goes like this ,(#englishterabur) kau nampak budak kena pukul . Kena rogol . Anak jiran sebelah rumah menjerit menangis mintak tolong .
Tapi kau dok menonong tayang belagak kau depan semua orang . Tak nak digelar "jaga tepi kain orang" katanya .

Gua jumpa lu , mang gua slap lu guna cangkul tanah warisan 2 abad lalu . Ya , tak nak jaga tepi kain orang . Aku faham . Aku pun tak nak macam tu . Tapi agak2 la , takkan bunyi orang kena tembak dengan guruh berdentum pun tak boleh nak beza . Ye dok ?

Oleh itu , sesungguhnya , jelaslah disini bahawa .. (ayat simpul budak2 form 6 selalu guna untuk karangan bm..bhahaha)  kejam ni banyak bentuk , banyak sifat , gua tak boleh nak listkan semua kat sini , gua update blog ni guna henpon baling main lambung2 jer . Bukan lappy windows 8 maen touch2 screen tuh.. Hahaha..

Untuk cure mahupun mengelakkan dapat member kejam ni , ko cuma perlu ambil berat pasal member2 ko ni . Kau orang kena analisis dulu kejam diorang ni tahap mana . Ye lah , mana lah tahu dapat member obses si creepy saiko (psiko) . Parah beb !

Aku pun taksub. Taksub untuk jatuhkan kau ! Bhahaha.. -titahbukansabda-

Caww~~

Monday, 22 December 2014

Ubah , Berubah , dan Perubahan

Ubah , berubah dan perubahan . 3 perkataan ni , boleh jadi menyakitkan . Boleh jadi menggembirakan .

Some changes it can bring to a great feeling .
Some only cost suffer .

Apa pasal aku tetiba cerita pasal benda ni ? Sebab aku ada kene mengena dengan benda yang aku bebelkan ni . Ye lah , people change dalam sekelip mata. Kan ?

Manusia boleh berubah sebab sejarah.
Manusia boleh berubah sebab pengalaman.
Manusia boleh berubah sebab masa.
Manusia boleh berubah sebab environment.

Aku ada story sikit . This is base on my experience. Aku ada sorang member ni . I would call him as A . Yelah , abah aku cakap , kalau di sebut nama orang tu , kira mengumpat, ye dok ?

Aku boleh describe A ni as my buddyz , my bro ye lah ,  aku xde abang , and my consultant. Dia yang aku boleh harap nak bagi nasihat better than my other friends. Maybe sebab perbezaan umur , dia da matang sikit kot . Dia ni yang ajar aku tentang quoting . Dia yang dedahkan aku dalam dunia penulisan ni . Pada aku , dia sangat friendly , pandai , and matang .

Untill one day , aku tak tahu salah apa aku kat dia . Dia tuduh aku bukak aib dia dekat bestfriend aku. People not perfect , right ? Maybe dia tak sedar , dia yang update moment pasal bende tu , and my bestfriend saje nak usik dia pasal benda tu . Our conversation before that , full with laughter , knowledge , fun . Turns out , he ignore me like i never exist. I tried to explain tapi dia anggap aku manipulate sebab aku debaters. Tuhan je tahu kecewanya aku kat dia. I really though he knows me .

In our last conversation , aku cuma boleh gambarkan , dia seorang yang ikot perasaan , tak lah matang seperti aku gambarkan sebelum ni . Maybe he stressed . I just wish he would talk to me again .

Sometimes ,bile aku fikir pasal benda ni, aku rasa sakit sangat sebab diperlakukan cam tu . No second chance . He change to somebody that i never knew . He change . 1 perubahan yang menyakitkan .

Ubah diri untuk Dia.
Berubah biar ke jalan-Nya.
Perubahan perlu hidayah-Nya.

Assalamualaikum..
Caww..

Thursday, 18 December 2014

Hidung tinggi

Assalamualaikum bloggers and viewers. Welcome to my blog. Hahahahhaa.. macam berie je kan??

Ok .. straight to the titik , entri kali ni aku nak story siket pasal sikap manusia yang satu ni . Sikap sombong , hidung tinggi , bongkak , angkuh , meninggi diri . You know what , orang2 yang aku sebutkan tu , hidupnya tak tenang.

Asal aku taip cam tu .. aku ada satu formula ni , ko tengok eah..

Sombong - tak terima pandangan orang - rasa diri dah cukup kuat/besar/kaya - tak bersyukur - Tuhan bagi balasan

Senang kan ?

Formula tu aku dapat dari sorang member nih .. dia ada bagi aku satu ayat nih..

Bile kau sombong,kau angkuh , kau bongkak , kau rasa semua yang ada dalam dunia ni kau yang punya , kau dengan Syaitan tak ada beza.

Can't you see this little thing can bring something big like that..
Asal boleh jadi cam tu ?

Cuba kau fikir balik , Syaitan tu dulunya ketua segala malaikat. Bila Adam dijadikan , dan Allah telah perintahkan semua malaikat untuk tunduk hormat kat Adam. Tapi Syaitan laknatullah ni , makhluk pertama yang cakap " Aku lebih hebat dari dia. Aku diciptakan dari api sedangkan dia (Adam) diciptakan dari tanah. Tidak mungkin aku tunduk untuk dia"

Now,kau start fikir, bile seseorang tu sombong , angkuh , bongkak . Dia akan merendah-rendahkan orang lain . Dia tak boleh tengok orang lebih sikit dari dia . Timbul isu iri hati . Dia akan buat sesuatu untuk jatuhkan saingan dia . Wujud isu dengki. Dia akan buat apa sahaja untuk berada diatas sampai dia lupa ada lagi satu kuasa yang lebih hebat dari dia . Muncul isu tak bersyukur.

When this happen , kau fikir orang macam nih akan hidup tenang ke? Tu belum isu main taktik kotor untuk dapatkan apa yang dia nak . Jual anak pun sanggup tuh .

Macam mana nak tegur manusia jenis nih.. Sejujurnya aku cakap , makhluk ni dengan orang yang hilang daya pendengaran tak ada beza. Pekak . Orang bagi nasihat tak nak dengar .

Orang macam nih , nak kena ajar dia apa itu kifarah. Kau buat sesuatu yang buruk kat orang, Allah bagi jauh lagi teruk dari tu . Macam mana ? Itu kau buat ikut kreativiti kau. Kalau aku , aku bawa pergi kubur . Sebelum dia bertukar jadi tanah balik, baik ingatkan dia cepat2 ye dak ?

Selain daripada rukun iman dan family,aku juga percaya tentng kifarah

Till then , caww.. ~

Tuesday, 16 December 2014

Kesayangan

Da lama aku tak mengupdate ini blog. *Phuiihh .. lama la sangat*

Ko ludah ?? Kau jilat balik ea.. habis kotor entri aku ni ..

Entri kali ni aku tak tahu nak taip apa, sebab otak aku makin sarat nak fikirkan sem 2 punye form 6 nih. Tengok ! Baca ! Ayat aku pun da macam bukan orang Melayu dah dek kerana akal fikiran jauh tersepit di satu sudut .. hahaha.. sastera sangat kan...

Ok , hari tu . Ada sorang member aku dalam group KAMELIA . KAMELIA ok , bukan KAMI LIAR . Why KAMELIA ? Sebab Khamisah Amyra Mimie Laila Iqtika dan iffAh .. haaaa.. baru tahu aku punye gender ye ? mana satu aku ? Pandai2 kau cari sendiri . Group ni tak ada leader . Ikot kepala siapa yg nak diikot.

Ok , back to the story . One of the group members ada bukak satu topik .

"Ko tak ada cerita pasal kesayangan ke kat dalam blog"

Walawehh, ayat dia .. Der, bukan aku tak nak cerita . Cuma malu beb . Cuba kau bayangkan , Umi Abah aku ada FB , WeChat , Wassap bagai . If ada yg share aku punye entri pasal kesayangan tu . Tak ke aniaya aku balik rumah nanti.. itu baru Umi ngan Abah aku . Belum termasuk dalam list Makcik2 aku yang kepoh tu . Wahhh.. sedap tangan je taip mengutuk makcik sendiri kan .. kawan2 , jangan diikot perangai buruk yang satu ni ye..

Ok , that's all aku punye entri untuk kali ni . Aq tak hasut korang supaya jgn cite pasal kesayangan k .. cume , kalau nak cerita , story bende2 manis . So that , one day , bile ko ada masalah dengan dia , ko boleh bace balik apa ko taip at blog ko. Elakkan daripada story yg menyakitkan hati . Kitorang yg baca pun nt sakit hati . Lebih besar boleh timbul fitnah . Nanti ko pun makin sakit hati bila baca balik kan ?

Ok then,

Caww.