Wednesday, 23 March 2016

Pindah

Assalamualaikum guys ..

Aku post ni sebab nak mintak maaf sgt kat korang yang view blog ni. Tapi satu haram jadah tak update. 

That is the thing yang aku nak bagitau nih.
Aku dah pindahkan semua karya cerpen/puisi aku ke wattpad!!!! 


Hal ini disebabkan oleh aku ada jumpa cerita aku di copy paste dan sakit hati punya pasal aku amek keputusan tak nak  post cerpen/puisi kat sini lagi dah. 

Jadi.. Kalau korang rasa , korang nak baca cerita2 dark aku tu . Sila kan diri klik link di bawah ni ok?


Tapi aku tak tutup blog ni ok.
Aku akan update. Tapi update tntang cerita hidup aku. Bukan penulisan kreatif sangat lah. Maybe aku akan jadikan blog ni tempat promot cerpen dan puisi aku. Still dalam perancangan. 

Kita hanya mampu merancang.. 
Tuhan yang aturkan..
Kita sebagai hamba.. 
Ikutkan je. 


Thursday, 17 September 2015

Perangai

Aku berhenti menulis. Memandang matanya dalam-dalam. Pen aku campak tepi. Menarik nafas dalam hembus perlahan. Cuba bertenang.

"Apa masalah kau. Cuba bagitau aku?" Cuba bermain kata dan intonasi. Sedikit tinggi. Aku nak dia takut. Tapi, takut ke dia?
Aku lihat wajahnya lagi. Sengihannya bak kera sumbang yang baru dapat curi pisang menaikkan darah aku. Aku tarik nafas lagi. Lebih dalam. Aku hembus. Lebih perlahan. Cuba bertenang.

"Apa yang aku nak bagi supaya kau faham ni?" Aku mula hilang sabar. Dia tersengih lagi. Aku hilang kata-kata. Sakit hati jugak la kan.

"Aku memang macam ni. Suka kacau orang. " Dia membuka mulut. Aku membuntangkan mata. Hati ni bagai ditoreh-toreh. Kalau boleh baca kesabaran dengan termometer aku rasa dah lebih 100°C.

"Sein. Kalau kau dah tau. Orang tak suka kau kacau orang. Jangan dikacau. Kau pun tak suka orang marah-marah kau kan. Maki-maki kau. Herdik-herdik kau kan. Kau pun tahu marah jugak kan?" Aku cuba berlembut. Dia cuma mengangguk tanda dia respon mengerti. Sengih kembali.

"Dah.. jangan kacau Jikaa lagi." Arah aku sebelum dia pergi duduk kat tempat dia semula.

*****

"Kau pahal Sein!! " jerit Jikaa kuat. Aku yang tadi tengah berbincang dengan Misha tersentak sebentar. 'Jikaa tadi bukan tidur ke' bisik hati. Sein berlari anak lepas tepuk meja Jikaa sampai buat dia terkejut dari tidur. Sudah la semalam siapkan kerja kursus sampai 3 - 4 pagi. Gaduh dengan pakwe lagi. Kena bebel dengan cikgu lagi. Boleh pulak mamat ni cari pasal dengan Jikaa.

Sein ketawa. Tersengih.

*****

"Apa kamu ni Aizat! Dah la tak datang. Mak bapak kamu tak ajar kamu ke? Orang macam kamu ni patot dipulaukan. Mana-mana di antara kamu yang berbual dengan Aizat kena denda. Biar kamu tahu!" Marah Cikgu Kiah. Aizat cuma diam. Diam dan membisu. Begitu juga kami.
"Cuba jadi macam Sein ni! Hari-hari datang sekolah. Cikgu doakan Sein ni jadi pelajar contoh....bla...bla...blaaa" sambung Cikgu Kiah.

Malangnya Cikgu Kiah tak tahu. Pembentangan sebelum itu. Aizat yang banyak buat kerja dari Sein. Banyak cari bahan pembentangan.Banyak bagi penerangan dari Sein. Sein bagai robot yang menunggu arahan dari tuan. Baca teks penerangan. Jawab soalan yang aku beri pun makan masa berminit. Sudahnya habis masa kat si Sein tu je. Aizat juga yang kena. Kesian Aizat. Mak bapak suruh belajar, tapi dia kena kerja jugak. Cari duit tepi. Kena jaga abang kat hospital lagi.

Sein dengan tak terangkan kat cikgu pun apa yang berlaku. Biarkan Aizat yang jadi mangsa. Seolah-olah dia yang menjadi mangsa Aizat.

Aku diam. Bisukan suara. Tak apa. Sein memang macam tu. Masih mencuba untuk melindungi dia.

*****

Air mata jatuh ke pipi. Aku menepuk-nepuk tepung yang melekat di baju seluar dan beg.  Aku dengar tapak kaki dia melangkah ingin mendekat. Tanpa lihat matanya. Aku lari. Jauh dari dia. Dia kejar. Mohon maaf.
"Kalau kau tak start buat benda ni. Semua ni tak jadi la." Aku teriak.
Dia diam kelu. "Selama ni aku backup kau Sein. Pandai-pandai la kau fikir sendiri". Kata aku sebelum bla dari hidup dia.

Friday, 20 March 2015

Pressure

Mengantuk . Itu sahaja yang dapat aku ungkapkan . Otak ku penat . Otak ku perlu rehat . Otak ku sudah sedia kusut dengan sambungan neuron . Otak ku sudah sedia serabut dengan jalinan sel-selnya . Otak ku sebagai pusat mengawal gerak tubuh badan . Sekarang perlukan rehat . Butuhkan tidur . Bukan otak ku sahaja . Tetapi otak kamu , dia , mereka , dan 7 billion manusia yang lain . Itu baharu manusia . Belum haiwan , makhluk , di darat , laut mahupun di udara .

Tetapi tidak ! Belum berhenti lagi . Aku perlu siapkan . Aku perlu selesaikan . Aku perlu ! Aku mesti ! Tugasan belum disempurnakan lagi ! Jangan berhenti ! "Kejut otak kau ! Kerah dia bekerja lagi ! " bisik hati . Aku kawal jari jemari aku . Aku buntangkan mata aku . Aku kunci bibir dari meludah makian . Aku pekakkan telinga dari mendengar kekalutan .

Tapi mampukah aku ?

Hati . Hati semakin lemah . Emosi semakin goyah . Apa yang telah berlaku dalam hidup ? Terlalu sukar untuk ditafsirkan . Terlalu sulit untuk diterjemahkan . Terlalu susah untuk difahamkan . Yang pasti , hati tidak secekal sebelumnya . Hati tidak setabah dahulunya .

Hati dirobek , disiat , dicincang , dihancur , dan dibakar . Emosi menjadi tidak stabil . Sambil ku kawal jari di papan kekunci , sambil itu jua air mata menitik ke pipi , jatuh ke ruangan lantai . Aku diam . Membisu . Masih menyiapkan tugasan . Walaupun otak menangis meminta jeda .

Haus . Tekak ku haus . Haus benar . Aku mencapai botol air di tepi tingkap . Tetapi otak terlalu penat . Sedang tangan kanan ku sibuk menari diatas papan kekunci , tangan kiri ku cuba mencapai botol air tanpa aku menoleh . Paaaap !
Ahhhhhhh! Jatuh . Botol yang penuh berisi air itu jatuh ke luar tingkap . Botol itu pecah . Perkataan makian sudah terkeluar dari mulut ku .

Otak penat . Emosi tidak stabil . Kehausan. Membentuk tekanan dalam diri . Aku bingkas . Pergi dari situ . Mencari bantal . Tidak bermakna aku menyerah . Aku cuma pergi . Mengumpul kekuatan . Untuk berhadapan dengan tekanan lagi .

Cawwwww~
Assalamualaikum .

Saturday, 7 March 2015

Sakit

Sakit ...
kau tahu apa yang sakit .

sakit bila kau datang , kau pergi , buat aku macam bustop .

sakit bila kau dengar cerita aku , tangis aku , gelak aku , tapi tak faham apa yang aku rasa .

sakit bila segala benda yang aku buat , kau kata aku celaka .

sakit bila salah aku kau jelas hukum umpama diri kau Tuhan .

sakit bila kau henyak diri aku supaya kau bisa berdiri sebelah langit separa .

sakit bila kau buat aku terdesak mati sedang kau hidup bahagia selamanya .

Sakit ....
Hati yang sakit ...

Tuesday, 24 February 2015

Hakikat Hikayat

Dengan lenggang kangkung gua jalan turun ke RTC . "Chaww ostel" arini . Bukan gua sengaja . Kalau tak disebabkan kerja kursus sejarah yang memerlukan sesi temubual dengan cikgu tadika . Sumpah aku dah seronok berdengkur masa prep petang tadi .

Buah nenas yang gua beli dekat supermarket tadi gua gigit , kunyah , telan , hadam cerna dalam sistem badan . Sambil gua tunggu bas no 2 datang menjengah mengangkut kelompok manusia yang bermacam topeng ragam. Gua pun tengok lah suasana sekeliling . Tak ramai orang sangat . Tak sesak . Boleh dikira dengan jari kaki tangan berapa je yang ada .

Ada yang baca suratkhabar , ada yang berendut berdua , ada yang tunggu bas jugak macam gua . Ada tu tak tahu asal dari mana entah , rambut pink , baju pink , seluar kotak2 merah putih , beg sandang hitam dengar walkman . Tak tahu tak nak tahu . Yang gua tahu , mana bas no 2 ni tak muncul2 !

Khayal tengok orang sekeliling tetiba ada yang duduk sebelah gua. Perempuan . Lingkungan usia dalam 30-40an . Baju serba hitam . Sekali tengok gua dah tahu ini indon mari . Gua mula2 saja nak buat2 dono je . Tapi...

"Kerusi disini kebanyakannya rusak ya"
Perempuan tu mulakan bicara . Aduh sih , gi mana ni , gue enggak bisa bicara indon dong . *dalam hati*
Dah dia tegur dulu , takkan gua nak sombong bodoh kat situ kan . Jadi , bagi mengelakkan orang judge gua as "kurang ajar ! " so aku layan je la .

Dari kerusi rusak tuh . Mula la cite pasal pelajaran . PESANTREN , ustaz , ustazah , kahwin , anak sulung 21 tahun sume .
The thing is ...

That woman , yang first impression kalau ko tengok like the others PATI , tak ada masa depan yang cerah , datang Malaysia for money actually dia ada ..

Kelulusan Al-Quran dan Hadis dari PESANTREN yg membolehkan kau jadi ustaz ustazah dekat sana ( Indonesia ) , masa depan cerah , bahkan bekalan untuk akhirat , disanjung manusia siap bagi aku ayat2 al-Quran untuk dijadikan amalan tapi bila datang Malaysia dia cuma boleh jadi pembantu kantin je .

Gua agak terkejut k . Bila gua tanya dia nak pergi mana sebenarnya , dia cakap dia nak pergi pajak gadai . Lagi gua terkejut . She said that dia perlukan duit nak biaya pelajaran anak2 dia dekat sana . Like seriously , seorang ibu , ada kelulusan , tapi just kerja pembantu kantin , nak kena sara anak2 sampai pergi pajak gadai .  Ada laki , kerja kontrakan doang . Mana cukup nak sara 5 anak doe .

Perempuan tu ada jugak buat kerja sampingan,ajar anak orang mengaji (baca al-Quran) . Yang buat gua malu as rakyat Malaysia , dia cakap ada seorang ibu budak yang dia ajar tu , tak bayar upah dia . Memang la ajar kerana Allah , tapi kalau dah bertangguh bayar sampai beribu . Memang kesian la kan . Kenapa gua percaya ? Sebab kalau dia tipu pun , bukan urusan gua . Itu urusan dia dengan yang kat atas sana .

Lastly dia cume pesan belajar pandai2 , sungguh , niat belajar kerana Allah . Inn shaa Allah , Allah bantu .

Kadang-kadang apa yang kita fikirkan tentang seorang tu, jauh terpesong dari apa yang sebenarnya berlaku .

Moral of the story , jangan judge people selagi kita tak duduk berdua talk hati to hati .

Abah aku pesan ,
Nak kenal orang bukan kerana lidahnya ,
Bukan kerana  pakaiannya ,
Bukan kerana rupanya ,
Tapi kerana hati budinya

Chaww~~