Saturday, 26 March 2016

Pistanthrophobia

Kalau korang ada baca cerita baru kat wattpad aku . Ada satu cerpen tuh . Tajuk dia sebijik mcm kat tajuk entri nih. 
It means fear of trusting. 
 Aku cuba nak tunjukkan orang2 yg punya fobia ni sebenarnya bukan sesuka ati dia je nak fobia atau takut kat sesuatu tu. Tapi ada sebab dan musabab dia la musibat. Hahahha.. Tercarut pulak kite. Phuihh. 


Fobia ni adalah sejenis ketakutan yang boleh menjadikan seseorang itu takut pada sesuatu. Ini melibatkan dari fizikal, benda, mahupun perkara. Ia disebabkan trauma melampau, ataupun memang dia memang takut dengan sesuatu perkara itu. 

Lagi satu. Fobia ni juga boleh jadikan otak seseorang tu tak boleh interpret perkara dengan betul. Kadang2 , fobia yang seremeh-remeh benda , boleh jadikan seseorang tu ada psikosis atau masalah mental. Benda ni banyak dibuktikan apabila rasa takut menguasai diri, otak jadi tak betul.
 Dah tu apa kau rasa bila orang kena buli atau diugut boleh jadi kes bunuh diri. Sampai kena rawat secara mental dan fizikal. Doktor sakit jiwa pun hanya akan adakan kaunseling untuk mereka yang fobia ni. Sebab tak ada rawatan khusus. Fobia ni bergantung kepada diri individu itu sendiri. Dia sendiri kena lawan fobia dia. Melainkan kalau da melibatkan serangan ganas atau mencederakan diri dan orang lain. Jadi, terpaksalah check in hospital2 mental kat Malaysia ni.

Rasa takut itu sendiri boleh membunuh kita. Aku tak cakap orang yang ada fobia ni boleh mati bunuh diri atau apa. Cuma mereka mungkin akan berhadapan dengan risiko itu. So , guys out there.. Korang kena berani berhadapan dengan fobia korang sendiri. Lawan rasa takut tu. Cuba untuk atasinya secara perlahan-lahan. Jangan terlalu takut sampai ketakutan tu menguasai diri dan otak korang. 

By that .. Enjoy Pistanthrophobia dalam Kisah Tak Sempurna di Wattpad. Adios.. Assalamualaikum. 

Wednesday, 23 March 2016

Pindah

Assalamualaikum guys ..

Aku post ni sebab nak mintak maaf sgt kat korang yang view blog ni. Tapi satu haram jadah tak update. 

That is the thing yang aku nak bagitau nih.
Aku dah pindahkan semua karya cerpen/puisi aku ke wattpad!!!! 


Hal ini disebabkan oleh aku ada jumpa cerita aku di copy paste dan sakit hati punya pasal aku amek keputusan tak nak  post cerpen/puisi kat sini lagi dah. 

Jadi.. Kalau korang rasa , korang nak baca cerita2 dark aku tu . Sila kan diri klik link di bawah ni ok?


Tapi aku tak tutup blog ni ok.
Aku akan update. Tapi update tntang cerita hidup aku. Bukan penulisan kreatif sangat lah. Maybe aku akan jadikan blog ni tempat promot cerpen dan puisi aku. Still dalam perancangan. 

Kita hanya mampu merancang.. 
Tuhan yang aturkan..
Kita sebagai hamba.. 
Ikutkan je.