Dengan lenggang kangkung gua jalan turun ke RTC . "Chaww ostel" arini . Bukan gua sengaja . Kalau tak disebabkan kerja kursus sejarah yang memerlukan sesi temubual dengan cikgu tadika . Sumpah aku dah seronok berdengkur masa prep petang tadi .
Buah nenas yang gua beli dekat supermarket tadi gua gigit , kunyah , telan , hadam cerna dalam sistem badan . Sambil gua tunggu bas no 2 datang menjengah mengangkut kelompok manusia yang bermacam topeng ragam. Gua pun tengok lah suasana sekeliling . Tak ramai orang sangat . Tak sesak . Boleh dikira dengan jari kaki tangan berapa je yang ada .
Ada yang baca suratkhabar , ada yang berendut berdua , ada yang tunggu bas jugak macam gua . Ada tu tak tahu asal dari mana entah , rambut pink , baju pink , seluar kotak2 merah putih , beg sandang hitam dengar walkman . Tak tahu tak nak tahu . Yang gua tahu , mana bas no 2 ni tak muncul2 !
Khayal tengok orang sekeliling tetiba ada yang duduk sebelah gua. Perempuan . Lingkungan usia dalam 30-40an . Baju serba hitam . Sekali tengok gua dah tahu ini indon mari . Gua mula2 saja nak buat2 dono je . Tapi...
"Kerusi disini kebanyakannya rusak ya"
Perempuan tu mulakan bicara . Aduh sih , gi mana ni , gue enggak bisa bicara indon dong . *dalam hati*
Dah dia tegur dulu , takkan gua nak sombong bodoh kat situ kan . Jadi , bagi mengelakkan orang judge gua as "kurang ajar ! " so aku layan je la .
Dari kerusi rusak tuh . Mula la cite pasal pelajaran . PESANTREN , ustaz , ustazah , kahwin , anak sulung 21 tahun sume .
The thing is ...
That woman , yang first impression kalau ko tengok like the others PATI , tak ada masa depan yang cerah , datang Malaysia for money actually dia ada ..
Kelulusan Al-Quran dan Hadis dari PESANTREN yg membolehkan kau jadi ustaz ustazah dekat sana ( Indonesia ) , masa depan cerah , bahkan bekalan untuk akhirat , disanjung manusia siap bagi aku ayat2 al-Quran untuk dijadikan amalan tapi bila datang Malaysia dia cuma boleh jadi pembantu kantin je .
Gua agak terkejut k . Bila gua tanya dia nak pergi mana sebenarnya , dia cakap dia nak pergi pajak gadai . Lagi gua terkejut . She said that dia perlukan duit nak biaya pelajaran anak2 dia dekat sana . Like seriously , seorang ibu , ada kelulusan , tapi just kerja pembantu kantin , nak kena sara anak2 sampai pergi pajak gadai . Ada laki , kerja kontrakan doang . Mana cukup nak sara 5 anak doe .
Perempuan tu ada jugak buat kerja sampingan,ajar anak orang mengaji (baca al-Quran) . Yang buat gua malu as rakyat Malaysia , dia cakap ada seorang ibu budak yang dia ajar tu , tak bayar upah dia . Memang la ajar kerana Allah , tapi kalau dah bertangguh bayar sampai beribu . Memang kesian la kan . Kenapa gua percaya ? Sebab kalau dia tipu pun , bukan urusan gua . Itu urusan dia dengan yang kat atas sana .
Lastly dia cume pesan belajar pandai2 , sungguh , niat belajar kerana Allah . Inn shaa Allah , Allah bantu .
Kadang-kadang apa yang kita fikirkan tentang seorang tu, jauh terpesong dari apa yang sebenarnya berlaku .
Moral of the story , jangan judge people selagi kita tak duduk berdua talk hati to hati .
Abah aku pesan ,
Nak kenal orang bukan kerana lidahnya ,
Bukan kerana pakaiannya ,
Bukan kerana rupanya ,
Tapi kerana hati budinya
Chaww~~