Thursday, 17 September 2015

Perangai

Aku berhenti menulis. Memandang matanya dalam-dalam. Pen aku campak tepi. Menarik nafas dalam hembus perlahan. Cuba bertenang.

"Apa masalah kau. Cuba bagitau aku?" Cuba bermain kata dan intonasi. Sedikit tinggi. Aku nak dia takut. Tapi, takut ke dia?
Aku lihat wajahnya lagi. Sengihannya bak kera sumbang yang baru dapat curi pisang menaikkan darah aku. Aku tarik nafas lagi. Lebih dalam. Aku hembus. Lebih perlahan. Cuba bertenang.

"Apa yang aku nak bagi supaya kau faham ni?" Aku mula hilang sabar. Dia tersengih lagi. Aku hilang kata-kata. Sakit hati jugak la kan.

"Aku memang macam ni. Suka kacau orang. " Dia membuka mulut. Aku membuntangkan mata. Hati ni bagai ditoreh-toreh. Kalau boleh baca kesabaran dengan termometer aku rasa dah lebih 100°C.

"Sein. Kalau kau dah tau. Orang tak suka kau kacau orang. Jangan dikacau. Kau pun tak suka orang marah-marah kau kan. Maki-maki kau. Herdik-herdik kau kan. Kau pun tahu marah jugak kan?" Aku cuba berlembut. Dia cuma mengangguk tanda dia respon mengerti. Sengih kembali.

"Dah.. jangan kacau Jikaa lagi." Arah aku sebelum dia pergi duduk kat tempat dia semula.

*****

"Kau pahal Sein!! " jerit Jikaa kuat. Aku yang tadi tengah berbincang dengan Misha tersentak sebentar. 'Jikaa tadi bukan tidur ke' bisik hati. Sein berlari anak lepas tepuk meja Jikaa sampai buat dia terkejut dari tidur. Sudah la semalam siapkan kerja kursus sampai 3 - 4 pagi. Gaduh dengan pakwe lagi. Kena bebel dengan cikgu lagi. Boleh pulak mamat ni cari pasal dengan Jikaa.

Sein ketawa. Tersengih.

*****

"Apa kamu ni Aizat! Dah la tak datang. Mak bapak kamu tak ajar kamu ke? Orang macam kamu ni patot dipulaukan. Mana-mana di antara kamu yang berbual dengan Aizat kena denda. Biar kamu tahu!" Marah Cikgu Kiah. Aizat cuma diam. Diam dan membisu. Begitu juga kami.
"Cuba jadi macam Sein ni! Hari-hari datang sekolah. Cikgu doakan Sein ni jadi pelajar contoh....bla...bla...blaaa" sambung Cikgu Kiah.

Malangnya Cikgu Kiah tak tahu. Pembentangan sebelum itu. Aizat yang banyak buat kerja dari Sein. Banyak cari bahan pembentangan.Banyak bagi penerangan dari Sein. Sein bagai robot yang menunggu arahan dari tuan. Baca teks penerangan. Jawab soalan yang aku beri pun makan masa berminit. Sudahnya habis masa kat si Sein tu je. Aizat juga yang kena. Kesian Aizat. Mak bapak suruh belajar, tapi dia kena kerja jugak. Cari duit tepi. Kena jaga abang kat hospital lagi.

Sein dengan tak terangkan kat cikgu pun apa yang berlaku. Biarkan Aizat yang jadi mangsa. Seolah-olah dia yang menjadi mangsa Aizat.

Aku diam. Bisukan suara. Tak apa. Sein memang macam tu. Masih mencuba untuk melindungi dia.

*****

Air mata jatuh ke pipi. Aku menepuk-nepuk tepung yang melekat di baju seluar dan beg.  Aku dengar tapak kaki dia melangkah ingin mendekat. Tanpa lihat matanya. Aku lari. Jauh dari dia. Dia kejar. Mohon maaf.
"Kalau kau tak start buat benda ni. Semua ni tak jadi la." Aku teriak.
Dia diam kelu. "Selama ni aku backup kau Sein. Pandai-pandai la kau fikir sendiri". Kata aku sebelum bla dari hidup dia.

Friday, 20 March 2015

Pressure

Mengantuk . Itu sahaja yang dapat aku ungkapkan . Otak ku penat . Otak ku perlu rehat . Otak ku sudah sedia kusut dengan sambungan neuron . Otak ku sudah sedia serabut dengan jalinan sel-selnya . Otak ku sebagai pusat mengawal gerak tubuh badan . Sekarang perlukan rehat . Butuhkan tidur . Bukan otak ku sahaja . Tetapi otak kamu , dia , mereka , dan 7 billion manusia yang lain . Itu baharu manusia . Belum haiwan , makhluk , di darat , laut mahupun di udara .

Tetapi tidak ! Belum berhenti lagi . Aku perlu siapkan . Aku perlu selesaikan . Aku perlu ! Aku mesti ! Tugasan belum disempurnakan lagi ! Jangan berhenti ! "Kejut otak kau ! Kerah dia bekerja lagi ! " bisik hati . Aku kawal jari jemari aku . Aku buntangkan mata aku . Aku kunci bibir dari meludah makian . Aku pekakkan telinga dari mendengar kekalutan .

Tapi mampukah aku ?

Hati . Hati semakin lemah . Emosi semakin goyah . Apa yang telah berlaku dalam hidup ? Terlalu sukar untuk ditafsirkan . Terlalu sulit untuk diterjemahkan . Terlalu susah untuk difahamkan . Yang pasti , hati tidak secekal sebelumnya . Hati tidak setabah dahulunya .

Hati dirobek , disiat , dicincang , dihancur , dan dibakar . Emosi menjadi tidak stabil . Sambil ku kawal jari di papan kekunci , sambil itu jua air mata menitik ke pipi , jatuh ke ruangan lantai . Aku diam . Membisu . Masih menyiapkan tugasan . Walaupun otak menangis meminta jeda .

Haus . Tekak ku haus . Haus benar . Aku mencapai botol air di tepi tingkap . Tetapi otak terlalu penat . Sedang tangan kanan ku sibuk menari diatas papan kekunci , tangan kiri ku cuba mencapai botol air tanpa aku menoleh . Paaaap !
Ahhhhhhh! Jatuh . Botol yang penuh berisi air itu jatuh ke luar tingkap . Botol itu pecah . Perkataan makian sudah terkeluar dari mulut ku .

Otak penat . Emosi tidak stabil . Kehausan. Membentuk tekanan dalam diri . Aku bingkas . Pergi dari situ . Mencari bantal . Tidak bermakna aku menyerah . Aku cuma pergi . Mengumpul kekuatan . Untuk berhadapan dengan tekanan lagi .

Cawwwww~
Assalamualaikum .

Saturday, 7 March 2015

Sakit

Sakit ...
kau tahu apa yang sakit .

sakit bila kau datang , kau pergi , buat aku macam bustop .

sakit bila kau dengar cerita aku , tangis aku , gelak aku , tapi tak faham apa yang aku rasa .

sakit bila segala benda yang aku buat , kau kata aku celaka .

sakit bila salah aku kau jelas hukum umpama diri kau Tuhan .

sakit bila kau henyak diri aku supaya kau bisa berdiri sebelah langit separa .

sakit bila kau buat aku terdesak mati sedang kau hidup bahagia selamanya .

Sakit ....
Hati yang sakit ...

Tuesday, 24 February 2015

Hakikat Hikayat

Dengan lenggang kangkung gua jalan turun ke RTC . "Chaww ostel" arini . Bukan gua sengaja . Kalau tak disebabkan kerja kursus sejarah yang memerlukan sesi temubual dengan cikgu tadika . Sumpah aku dah seronok berdengkur masa prep petang tadi .

Buah nenas yang gua beli dekat supermarket tadi gua gigit , kunyah , telan , hadam cerna dalam sistem badan . Sambil gua tunggu bas no 2 datang menjengah mengangkut kelompok manusia yang bermacam topeng ragam. Gua pun tengok lah suasana sekeliling . Tak ramai orang sangat . Tak sesak . Boleh dikira dengan jari kaki tangan berapa je yang ada .

Ada yang baca suratkhabar , ada yang berendut berdua , ada yang tunggu bas jugak macam gua . Ada tu tak tahu asal dari mana entah , rambut pink , baju pink , seluar kotak2 merah putih , beg sandang hitam dengar walkman . Tak tahu tak nak tahu . Yang gua tahu , mana bas no 2 ni tak muncul2 !

Khayal tengok orang sekeliling tetiba ada yang duduk sebelah gua. Perempuan . Lingkungan usia dalam 30-40an . Baju serba hitam . Sekali tengok gua dah tahu ini indon mari . Gua mula2 saja nak buat2 dono je . Tapi...

"Kerusi disini kebanyakannya rusak ya"
Perempuan tu mulakan bicara . Aduh sih , gi mana ni , gue enggak bisa bicara indon dong . *dalam hati*
Dah dia tegur dulu , takkan gua nak sombong bodoh kat situ kan . Jadi , bagi mengelakkan orang judge gua as "kurang ajar ! " so aku layan je la .

Dari kerusi rusak tuh . Mula la cite pasal pelajaran . PESANTREN , ustaz , ustazah , kahwin , anak sulung 21 tahun sume .
The thing is ...

That woman , yang first impression kalau ko tengok like the others PATI , tak ada masa depan yang cerah , datang Malaysia for money actually dia ada ..

Kelulusan Al-Quran dan Hadis dari PESANTREN yg membolehkan kau jadi ustaz ustazah dekat sana ( Indonesia ) , masa depan cerah , bahkan bekalan untuk akhirat , disanjung manusia siap bagi aku ayat2 al-Quran untuk dijadikan amalan tapi bila datang Malaysia dia cuma boleh jadi pembantu kantin je .

Gua agak terkejut k . Bila gua tanya dia nak pergi mana sebenarnya , dia cakap dia nak pergi pajak gadai . Lagi gua terkejut . She said that dia perlukan duit nak biaya pelajaran anak2 dia dekat sana . Like seriously , seorang ibu , ada kelulusan , tapi just kerja pembantu kantin , nak kena sara anak2 sampai pergi pajak gadai .  Ada laki , kerja kontrakan doang . Mana cukup nak sara 5 anak doe .

Perempuan tu ada jugak buat kerja sampingan,ajar anak orang mengaji (baca al-Quran) . Yang buat gua malu as rakyat Malaysia , dia cakap ada seorang ibu budak yang dia ajar tu , tak bayar upah dia . Memang la ajar kerana Allah , tapi kalau dah bertangguh bayar sampai beribu . Memang kesian la kan . Kenapa gua percaya ? Sebab kalau dia tipu pun , bukan urusan gua . Itu urusan dia dengan yang kat atas sana .

Lastly dia cume pesan belajar pandai2 , sungguh , niat belajar kerana Allah . Inn shaa Allah , Allah bantu .

Kadang-kadang apa yang kita fikirkan tentang seorang tu, jauh terpesong dari apa yang sebenarnya berlaku .

Moral of the story , jangan judge people selagi kita tak duduk berdua talk hati to hati .

Abah aku pesan ,
Nak kenal orang bukan kerana lidahnya ,
Bukan kerana  pakaiannya ,
Bukan kerana rupanya ,
Tapi kerana hati budinya

Chaww~~

Friday, 13 February 2015

K A M E L I A

Assalamualaikum. Hai. Buad apa? Entri kali nih, nak cakap pasal KAMELIA . Kamelia tuh maksodnya Khamisah Amira Mimie Eka Laila IffAh. Hohohoh. Kami kenal masa kat form six, kami kenal secara tak sengaja. Dalam kelas 6R5. Memg fun ah time tuh. Kat kelas kita ada 6 org jek perempuan. Perempuan tuh kitaorg lah. Hohoho. Start akhir tahunlah kitaorg rapat. Hahaha.. masa tuh buad Muet nak 6 org.  Kitaorg lah 6 org tuh. Hohoho. Mysah lah yg buad group tuh, secara tak sengaja terjadi lah KAMELIAlove you my friends. Hope we friend until jannah. Maafkan aku kalau aku ada buad salah kat korg.






Sincerely,
Laila♡

Tuesday, 10 February 2015

Kawan

Bila aku sedih
Ada je keletah yang diorang buat
Untuk hiburkan aku

Bila aku marah
Ada je kata2 diorang
Yang lembutkan hati aku

Bila aku fed-up
Ada je suara diorang
Untuk bangkitkan semangat aku

Bila aku keliru
Ada je penjelasan dari diorang
Yang buat aku jelas

Bila aku perlu
Ada je diorang
Walaupun jauh
Tapi diorang memang ada

Sorry guys .. aku tak reti nak buat perkara2 atau jenis2 penghargaan kat korang .
Aku cuma boleh luahkan melalui tulisan je ..

Whatever it is ..
Aku sayang

Khamisah
Amira
Mimie
Eqa
Laila
IffAh

K.A.M.E.L.I.A

With lots of love , for me to you guys ..

:*

Friday, 6 February 2015

Drama Dilema

Assalamualaikum bloggers and viewers ..

Dah lama bebenorkan aku tak mengupdate natang ni . Dengan ini biarlah jari jemari ku yang sweet gebu debu ni menari atas papan kekunci ni untuk menceritakan apa yang hati ku nak luahkan .

Actually , duduk hostel ni okay je sebenarnya . Perbezaan yg dapat kita rasai bila cara kita bergaul dan bergaul dengan sesama kita . Ada beberapa golongan masyarakat yang duduk dalam hostel ni . Antaranya ,

★ Budak2 surau
Diorang ni senang cite kategori yang betul2 ikut perintah agama . Cara tengok diorang berpakaian pun dah tahu .

★ Budak2 atlet
Diorang ni okay je .. tapi ada lah kurangnya kan . Budak2 surau x minat geng budak2 atlet sebab 1 je . X jaga cara pemakaian Islam bila da start training kat padang. Tapi x semua macam tu . Ada yg betul2 ikut garis panduan jugak..

★ Budak2 bajet hot meletop kebabom
Haaaaa... yang ni aku suka . Bukan sebab aku tergolong dalam group ni k . No ! No ! No !
Sebab aku pun tak tahu kenapa aku suka . Maybe suka bile tengok telatah diorang yang macam pahlawan abad ke 16 masuk City Square tahun 2015 . Gituuu .. hahaah

★ Budak2 belajar
Disebabkan muncul kewujudan diorang lah aku rasa aku patot turun prep dan  study . Diorang ni jarang nak ajak budak2 lain turun belajar . Tapi bila tengok diorang tekun belajar . Aura diorang tu terus masuk mencangkuk kalbu terpancing untuk belajar sekali . Heee ..

Selain tu .. ada jugak yang suka menyendiri .Alone Lonely Loner. Apa2 pun buat sendiri . Memang aku tabik spring la kalau diorang boleh hidup macam tu untuk lebih dari setahun setengah . Kan ?

Macam yang aku dah senaraikan . Nampak tak corak hidup diorang ? Hidup berpuak-puak . Itu tak termasuk yang si A x kawan si B . Then buat geng memasing . Geng Atlet A tak masuk kepala dengan Geng Atlet B . Kawan start masuk asrama , pertengahan putus kawan . Batch 98 dengan batch 98 je xnk geng dengan budak form 1.

Memang aku tak berapa nak mengerti la cara diorang tu . Pada aku , mana aku selesa situ aku duduk . Aku pun tak reti nak bergaduh dengan bebudak ni . Tapi jangan sampai pijak kepala la kan . Mang katil ko penuh dengan lumpur aku kejekan nanti.

Em .. garang tak ?

Btw , aku sekarang macam berada dalam satu drama dilema . Melibatkan member sorang ni yang sangat peramah , sampai semua budak suka kat diafan berebutkan dia utk jadikan dia as kakak angkat. Hahaha.. kelakar tau sebenarnya , tapi nak buat cam mana kan .. benda tak pernah sangka dah jadi .

Nasi da jadi bubur ,
Bubur da basi .
Nak makan pun da tak boleh .
Nak buat apa pun da tak boleh.

Thats all .. till then ,
Chaww..

Thursday, 22 January 2015

Gila , Gedik , Gonjol

Apa bende yg aku karutkan kat tajuk entri ni memang ada kebenarannya ya .. cite die macam ni ....

Aku ni senior dekat ostel aku . Mak segala kakak . Yang paling tua diantara yang tua . Yang paling matang antara yg x cukup matang . (Cewahh ayat dia...)

The thing is , bila bab berkomunikasi dengan bebudak . Aku kurang ngerti dikit . As aku memang tak berapa gemar layan budak . Especially girls . Adik2 ostel yg baca blog akak jgn kecik aty yeeeee.. Sebabnya cuma satu , aku tahu aku orangnya kasar bila bab berkata-kata . And benda yg aku paling takut sekali is when you orang (the girls) terasa dengan apa yg aku cakap .

Jadi , cara penyelesaian aku untuk rapat dengan bebudak ni ialah

1. Talk to them .
- cakap la apa2 dengan dyorang .
-Hey suara you sedap la ...
-Hai
-Boleh tolong akak tak ..

But , aku tak berapa suka soal personal . Sebab dengan cara tu , hubungan antara strangers tu jadi macam lain macam nanti . Hahaha .. aku pun tak suka strangers yang baru 2-3 hari tegur , tetiba tanye pasal private life aku kan . First impression kat orang mesti macam "such kepohciii" or "busybody bebenor mu ni"

Then , aku try la step ke 2.
Be someone yang diorang tak pernah sangka aku akan jadi . (Aku pun tak sangka aku boleh jadi cenggitu sekali)

-gila -gedik -gonjol -psiko -scary

Tu antara watak2 yang aku selalu lakonkan . Dengan itu , dyorang faham . Bende2 yang aku buat tu semua just lakonan . Buat bahan lawak . Saje nak buat dyorang semua suka kat aku . Thats all .
Aku pun kena tunjukkan the real me in reality life . So that , dyorg tahu dan dapat beza kan time aku tengah serius dengan main2 .

Especially time aku tengah buat keje yang betul memerlukan daya tumpuan aku.That time , memang aku tak pandang kiri kanan. Dont expect me to do something funny or crazy or whatsoever . Punchline semua lari time tuh . Sebelum kau terasa aku tak layan ko , better ko gi wat keje ko . Haahhahhaa...

K .. by the way . Sorry sebab lama tak mengupdate . Since dok ostel balik , with new sem , dgn course work melambak . Tak tersentuh pulak handset kat tepi  . Hehehe .. maap ye. Lagipun azam tahun baru ni aku nak share sikit la ngan korang    (chehhh.. da nk masuk bulan dua baru nak cite azam tahun baru )

-tak nak main enpon dalam kelas
-tak nak susahkan cikgu2 sem 2 dan 3

Adios my pwen .
Chawww...

Sunday, 4 January 2015

Puppy love Ⅱ

Assalamualaikum my dear blog ,

Straight to the titik , malas nak taip meleweh-leweh ,

In previous entry aku ada story-mory pasal puppy love right beserta contoh-contoh yg korang kata suwit sangat tuh . Alolalilo... suwit ye dik . (Suwit jadah dia cenggitu .. huh .. marah ni ) hahaha .. takot tak ?!!

Ok, aku mintak pendapat my dear umi la kan bab ni . My umi cakap ada banyak punca . Puncanya cam biasa la , dia suh aku tengok skema jawapan karangan aku masa form 5 . Kurang itu ini , pengaruh itu ini . Tapi , tu semua tak jadi masalah kalau nak jadikan hubungan tu jadi bersih tanpa maksiat . Yang penting sabar dan tawakkal . Kalau itu jodoh kita , tak payah couple pun . Doa , sabar (menunggu masa sesuai) , usaha (proses meminang,bertunang) , tawakkal . Kalau tu jodoh kita , tak ke mana pergi nya .

Amacam ayat umi aku ? Hahahaha .. sambil aku taip ni , sambil tu jugak dia membebel . Korang baca je la ye . Korang jangan cakap aku gila pulak k .

Cara nak mengatasi .. kahwin . Yelah , kalau hangpa muda , kahwin la muda.

Apa kes kahwin muda . Tak enjoy r.

Kahwin muda ? Brr

Hmm, dah ada isi la tu . Tu yang kahwin cepat tu.

Yang aku taip bold dan italic tu pun , salah satu punca juga . Lebih2 lagi yang last tu . Dah la ikut suka cakap dia je , bongek pulak tu . Disebabkan warga emas, platinum dan titanium berkata begini . Disebabkan itu juga , ramai yang ambil langkah untuk menjadikan puppy love ni sebagai satu trend . Boleh berkasih sayang free2 cenggitu je .

Meh saya story la ye , first time Nabi kita , Nabi Muhammad s.a.w kahwin pun umur 25 tahun . Muda juga . Saidatina Aisyah r.a bernikah umur 7 ke 9 tahun dengan Nabi kita . Muda tak muda ?

Ahh .. itu Nabi ...

Bro .. Nabi kita tu pun manusia jugak . Sama je dengan kita . Ye dak ? Dia cuma ada kelebihan sikit ja. Lagipun , wujudnya Nabi tu memang untuk kita sebagai umatnya mencontohi dia kan ?

Ok , lastly . Aku pi story sume ni bukan sebab aku cemburu hang ada marka (kekasih hati) . Aku pun ada kesayangan. Tapi bak kata kesayangan aku cakap la..

Kita couple ni , toksah kalut sangat. Gelojoh , terburu-buru . Rilek2 sudah 

Aku buat entri Puppy Love dan Puppy Love Ⅱ ni , sebab aku baca pasal kes dumping babies , teen mothers , bunuh diri dan anak . Kalau korang dah meroyan sangat nak buat benda tu . Aku nasihatkan , kahwin .

Kalau nak enjoy je . Enjoy la . Tapi jangan jadi bodoh k . Ada alat pencegahan , guna alat pencegahan . Bukan aku hasut korang buat zina k . Cume , if you cannot be part of the solution , dont be part of the problem .

Caww~~